CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3108|Reply: 0

Liverpool kecam penyokong serang bas Man United

[Copy link]
Post time 18-12-2023 11:22 AM | Show all posts |Read mode

BAS yang membawa pasukan Manchester United tiba menjelang aksi dengan Liverpool. FOTO AFP

London: Liverpool 'mengutuk sama sekali' serangan ke atas bas pasukan Manchester United sebelum pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield dan berjanji untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab.

Beberapa objek difahamkan dibaling ke arah bas pasukan pelawat ketika menghampiri Anfield.

Sebahagian daripada tingkap bas itu pecah, dengan rakaman di media sosial menunjukkan ia akibat dibaling botol kaca.

"Kelab Bola Sepak Liverpool mengecam sepenuhnya tindakan menyebabkan kerosakan yang berlaku kepada bas pasukan Manchester United semasa ketibaannya di Anfield hari ini," kata kelab itu dalam satu kenyataan.


"Kami sedia maklum rakaman insiden itu yang tersebar dalam talian dan sedang bekerjasama dengan Polis Merseyside untuk melakukan siasatan sepenuhnya dan mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

"Mana-mana individu yang didapati bersalah atas kelakuan tidak sepatutnya ini juga akan berdepan hukuman proses sekatan kelab."

Perlawanan antara dua seteru itu berkesudahan seri 0-0. Liverpool berada di tangga kedua liga dan United di tempat ketujuh.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rang-bas-man-united
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.470120 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list