CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4475|Reply: 0

[Terengganu] Banjir: 812 mangsa di 3 daerah di Terengganu

[Copy link]
Post time 18-12-2023 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Banjir: 812 mangsa di 3 daerah di Terengganu


Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my



Banjir di Terengganu.




Kuala Terengganu: Jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir menurun kepada 812 mangsa di tiga daerah di negeri ini.

Setakat 8 pagi, kesemua mangsa daripada 180 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di Setiu, Dungun dan Marang.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun masih merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu seramai 583 mangsa.

Mereka daripada 147 keluarga berada di enam PPS di daerah berkenaan.

Tiga PPS iaitu Dewan Sivik Wakaf Tapai, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang di Marang pula masih aktif bagi menempatkan penduduk terjejas di daerah berkenaan.

Seramai 179 penduduk daripada 22 keluarga berlindung di tiga PPS berkenaan.

Di daerah Setiu, seramai 50 penduduk yang terdiri daripada 11 keluarga berteduh di Surau Kampung Nyatoh.

Sementara itu, berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, hanya Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus melepasi paras waspada dengan bacaan 2.2 meter (m).

Bagaimanapun, paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu menunjukkan trend penurunan walaupun masih mencatatkan bacaan melepasi paras normal.



Disiarkan pada: Disember 18, 2023 @ 9:20am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.365262 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list