View: 12581|Reply: 0
|
[Kedah]
Iltizam menjaga anak-anak perlu ditingkatkan - Raja Puan Muda Kedah
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1216rschepuan_1702710718.jpg)
Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff ketika bertitah padaMajlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, Hari Orang Kurang Upaya (OKU), dan Hari Warga Emas di sini, hari ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman
Alor Setar: Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff memandang serius kepada beberapa insiden membabitkan kanak-kanak sejak akhir-akhir ini yang sangat membimbangkan.
Che Puan Muda Zaheeda bertitah masyarakat berdepan dengan cabaran yang tinggi dan dinamik dalam mengurus dan menangani isu berkaitan kanak-kanak.
"Dalam konteks negeri Kedah, statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah merekodkan sebanyak 466 kes dari Januari hingga Oktober 2023 adalah kes penderaan dan pengabaian iaitu penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian kanak-kanak.
"Kes kanak-kanak yang terbabit dengan jenayah juga menunjukkan peningkatan sebanyak 156 kes antaranya kanak-kanak memandu secara melulu, kanak-kanak menyebabkan kecederaan kepada ahli keluarganya dan kanak-kanak memiliki dadah," titah baginda ketika
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, Hari Orang Kurang Upaya (OKU), dan Hari Warga Emas di sini, hari ini.
Turut berangkat, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.
Che Puan Muda Zaheeda bertitah dunia ini bukan saja sebuah khazanah yang diwarisi turun-temurun, tetapi sebaliknya dipinjam daripada anak-anak kita.
Titah baginda anak-anak adalah anugerah yang teramat penting untuk menjamin
kesinambungan umat manusia.
"Dengan ini, sebagai orang dewasa, tanggungjawab diserahkan kepada kita, untuk kita memperbaharui iltizam dan seterusnya berusaha sedaya-upaya untuk memperbaiki, membina dan memastikan wujudnya sebuah dunia yang layak didiami generasi
anak-anak kita.
"Laburlah dalam anak-anak kita, bukan sekadar wang dengan masa dan penuh kasih sayang, ajarlah mereka nilai keberanian, hormat menghormati, persefahaman, kesopanan, keadilan dan hak manusia," titahnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aja-puan-muda-kedah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|