CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31973|Reply: 0

[Kedah] Tiada kuota ditetapkan untuk juruterbang wanita

  [Copy link]
Post time 9-12-2023 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Tiada kuota ditetapkan untuk juruterbang wanita

oleh NURUL HIDAYAH HAMID
09 Disember 2023   03:14pm





Mohd Asghar Khan (duduk, tengah) bergambar bersama pimpinan tertinggi TUDM dan pelatih yang menerima sayap penerbangan pada Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Penerbangan Siri 84/22 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 64/22 di Kolej Tentera Udara (KTU), di Alor Setar, pada Sabtu.



ALOR SETAR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menetapkan sebarang kuota pengambilan juruterbang wanita bagi menyertai pasukan keselamatan itu.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, pihaknya memberi peluang kepada semua yang berkelayakan dan mematuhi kriteria ditetapkan.



Bagaimanapun, kata beliau, penglibatan pegawai serta kadet wanitanya sebagai juruterbang agak terhad disebabkan tidak mematuhi kriteria ditetapkan untuk menjadi juruterbang.

“Secara asasnya, ada pengambilan untuk juruterbang dalam TUDM. Kita ada pengambilan wanita, ada pegawai-pegawai atau kadet-kadet tetapi untuk menjadi juruterbang namun dia perlu lulus peperiksaan ketinggian dan juga kesihatan.



“Jadi peperiksaan kesihatan ini kadang-kadang sangat serius dan ada wanita tetapi ada yang gagal di dalam pemeriksaan kesihatan kerana perkara ini dilaksanakan sangat terperinci," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Penerbangan Siri 84/22 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 64/22 di Kolej Tentera Udara (KTU), di sini, pada Sabtu.

Beliau memaklumkan, mereka menepati kriteria ditetapkan dan lulus latihan akan diterima, sekali gus tiada diskriminasi dalam pengambilan juruterbang.

Tambah beliau, pengambilan pegawai dalam kalangan wanita juga ada mengikut keperluan ditetapkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Mohd Asghar Khan berkata, pihaknya juga amat menggalakkan penyertaan lebih ramai kaum wanita dalam TUDM memandangkan banyak peluang disediakan di pelbagai jabatan lain.
Sebelum itu, seramai 26 pelatih terdiri daripda 18 juruterbang pesawat sayap kaku dan lapan juruterbang helikopter menerima sayap penerbangan masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Mohd Asghar Khan berkata, TUDM turut giat melatih juruterbangnya dengan teknologi baharu menjelang penerimaan pesawat tempur baharu, FA-50 daripada Korea Selatan pada 2026.



Katanya lagi, projek pesawat terdiri dari enam pegawai ini telah berjalan dan TUDM dijangkakan menerima empat pesawat yang pertama pada Oktober 2026.

Sementara itu, Mohd Asghar Khan berkata, beliau telah menyempurnakan Pelancaran Pelan Antirasuah TUDM (PAR TUDM) pada Jumaat.

"Objektif Pelan Antirasuah TUDM antaranya ialah mendukung usaha pencegahan rasuah yang terkandung di dalam Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019 - 2023.

"Selain itu, setiap warga TUDM hendaklah sentiasa memegang teguh kesemua Nilai-Nilai Teras TUDM yang lain iaitu kecemerlangan, keberanian, semangat setia kawan serta mengutamakan perkhidmatan melebihi dari diri sendiri.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
resepi Ikan goreng paling anak dan suami suka musim hujan gini.
chaconresepi Ikan goreng paling anak dan suami
Views : 5693 Replies : 5
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 202555 Replies : 4811
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 2036 Replies : 16
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 5041 Replies : 18
Stroller Baby Untuk Travel Mana Yang Terbaik
masterdinStroller Baby Untuk Travel Mana Yang Ter
Views : 3388 Replies : 2
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 4842 Replies : 27
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11757 Replies : 14
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 10028 Replies : 56
Kehebatan marketing
chaconKehebatan marketing
Views : 2908 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24268 Replies : 164

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.212376 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list