View: 4134|Reply: 0
|
Ronaldo raikan aksi ke-1,200 dengan bergaya
[Copy link]
|
|
RONALDO (tengah) berjaya membantu Al Nassr mencatatkan kemenangan ke atas Al Riyadh. FOTO AFP
Riyadh: Cristiano Ronaldo meraikan perlawanan profesionalnya yang ke-1,200 dengan meledak satu jaringan dan bantuan jaringan ketika dia membantu pasukannya Al Nassr untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas Al Riyadh.
"Cristiano Ronaldo kini bermain dalam 1,200 perlawanan profesional," Liga Saudi menyiarkan di platform X, ketika bekas pemain Real Madrid itu semakin menghampiri Peter Shilton yang mengetuai senarai pemain lelaki dengan penampilan rasmi paling banyak.
Ronaldo yang berusia 38 tahun membuka tirai jaringan sejurus selepas setengah jam aksi berlangsung apabila dia menyambar hantaran silang Sadio Mane.
Pemain antarabangsa Portugal itu mengukuhkan statusnya sebagai penjaring terbanyak liga dengan 16 gol daripada 16 perlawanan musim ini dan membantu pasukannya bangkit selepas kekalahan 0-3 kepada pendahulu, Al Hilal Jumaat lalu.
"Tiga mata lagi!" Ronaldo menyiarkan di media sosial. "Terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya yang membantu saya mencapai perlawanan ke-1,200 saya. Perjalanan yang sungguh menarik tetapi kita belum selesai!"
Tiga minit memasuki masa kecederaan separuh masa pertama, Ronaldo melakukan hantaran bagi membolehkan rakan senegaranya Otavio menanduk masuk gol.
Pemain Brazil, Talisca menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua, manakala gol sagu hati Al Riyadh disumbangkan Andre Gray.
Al Nassr berada di tangga kedua dengan 37 mata, tujuh di belakang Al Hilal, manakala Al Riyadh di tangga ke-14 dengan 16 mata.
Bekas penjaga gol England, Shilton diiktiraf sebagai pemegang rekod untuk permainan profesional lelaki paling kompetitif, walaupun jumlahnya dipertikaikan.
Beberapa laman web statistik mengatakan jumlah itu ialah 1,390 tetapi Shilton sendiri, mengakuinya sebanyak 1,387.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... 1200-dengan-bergaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|