CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9665|Reply: 3

Pantau Rapi Taska Ada Rekod Kes Dera Dan Abai Budak

[Copy link]
Post time 8-12-2023 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Rakyat Malaysia disajikan dengan berita kes penderaan bayi dan kanak-kanak termasuk yang berakhir dengan kematian menyayat hati.


Biasanya, kes-kes tersebut berlaku di taska dan pusat penjagaan tidak berdaftar. Impaknya bukan hanya fizikal, tetapi turut meninggalkan kesan mendalam kepada emosi mangsa dan ke­luarga.


Persoalannya, sampai bila kes ini akan terus berlaku dan adakah tndakan yang diambil selama ini tidak cukup berat?


Mengikut data Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 3,666 mangsa didera di seluruh negara sejak 2018 hingga Jun lalu.




Gambar Hiasan




Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan dilaporkan berkata, daripada jumlah kes yang direkodkan itu, sebanyak 3,264 suspek dikenal pasti de­ngan 964 daripada mereka membabitkan pengasuh, pembantu rumah, pengasuh taska, penjaga dan suami pengasuh.


“Antara suspek lain yang dikenal pasti adalah penjaga rumah anak yatim dan juga guru ­mang­sa.


“Sikap tidak bertanggungjawab individu terutama pihak yang membuka pusat asuhan semata-mata untuk mendapatkan pulangan kewangan antara punca yang mendorong berlakunya kes-kes berkaitan penderaan terhadap bayi dan kanak-kanak,” kata beliau.


Menurut Siti Khamsiah, sikap tamak pusat asuhan yang menggaji pengasuh tidak terlatih dan tidak mempunyai ilmu berkaitan penjagaan bayi dan kanak-kanak juga mendorong kepada kes penderaan di negara ini.


Tambah beliau, apabila pe­ngasuh yang digaji tidak mempunyai ilmu yang secukupnya, ia akan membawa kepada perasaan tidak sabar dalam mengendalikan kerenah kanak-kanak.


“Tiada minat dan ilmu dalam mendidik serta mengawal kanak-kanak juga boleh menyebabkan tindakan di luar kawalan yang boleh mengancam nyawa bayi atau kanak-kanak di bawah ­ja­gaan para pengasuh.


“Situasi ini boleh membawa kepada berlakunya kemala­ngan seperti bayi tertangkup kain bedong atau napkin ketika mereka tidur, tersedak susu dan tercekik makanan,” katanya.


Jelas beliau, individu yang terbabit dengan kes penderaan kanak-kanak dan bayi boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.


Sementara itu, Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak Berdaftar Malaysia (PPBM), A­nisa Ahmad memberitahu, kerajaan perlu lebih serius dalam memantau pengusaha taska tidak berdaftar bagi mencegah kes-kes penderaan membabitkan pe­ngasuh.


“Melalui pengamatan saya, kebanyakan kes penderaan bayi dan kanak-kanak oleh pengasuh yang dilaporkan sebelum ini membabitkan premis yang tidak berdaftar atau tiada pemantauan daripada pengusaha.


“Pihak berwajib wajar mengambil perhatian lebih serius terhadap kewujudan taska tidak berdaftar tanpa mengira siapa pemiliknya.


“Begitu juga dengan taska yang pernah mempunyai track record kes penderaan perlu ada penguatkuasaan dan pemantauan rapi bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya kepada Kosmo!.


Anisa menambah, tidak hanya pihak berwajib, peranan utama perlu dimainkan oleh ibu bapa supaya mereka lebih selektif dalam memastikan taska yang dipilih memenuhi ciri keselamatan atau bebas sebarang kes berkaitan penderaan pengasuh. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 02:19 PM | Show all posts
nak hantar anak ke taska kena tengok review dulu, tanya parents yang hantar anak kat taska tu.

kena tengok teachers, kebersihan, berapa orang anak jagaan, semua kena ambil kira.

pernah survey taska dulu, masa tu bebudak tengah tidur, ramai yang tak berbaju dan kena bedung, alasan teacher supaya anak tidur lama. kat situ red flag dah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:39 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 03:54 AM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.048767 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list