CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2933|Reply: 0

[Kelantan] Tampal kod bar asli di barangan tiruan, KPDN rampas dakwat dan katrij

[Copy link]
Post time 7-12-2023 02:50 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN KPDN Kelantan dan wakil pemilik cap dagang memeriksa peralatan komputer di sebuah premis di Pengkalan Chepa. FOTO ihsan KPDN

Kota Bharu: Menampal kod bar barangan asal di produk tiruan sebelum menjualnya kepada pelanggan dikesan menjadi taktik penjualan peralatan komputer di sebuah premis di Pengkalan Chepa, di sini.

Bertindak daripada aduan, serbuan dibuat di premis yang turut dijadikan tempat simpanan itu pada 10 pagi kelmarin sebelum pihak berkuasa merampas peralatan aksesori komputer jenama terkenal bernilai RM10,880.

Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, rampasan dibuat kerana disyaki berlaku pelanggaran penggunaan cap dagangan berdaftar.

"Sitaan dilakukan terhadap 64 unit peralatan komputer dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM10,880 membabitkan dakwat mesin pencetak dan katrij yang disyaki melakukan perlanggaran penggunaan cap dagangan berdaftar.



"Wakil pemilik Cap Dagang juga mengesan pelekat asal bar kod sesetengah barang dicabut dan ditampal pada peralatan komputer tiruan dan apabila diimbas untuk pembelian, paparan yang keluar adalah barangan asli.

"Jualan yang dibuat adalah melalui dalam talian dan bersemuka malah premis itu juga membekalkan peralatan komputer kepada beberapa jabatan kerajaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Azman berkata, tindakan kes dibuat mengikut Seksyen 102 (1)(c) dan 100(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, kawalan dan jagaan bagi maksud perdagangan suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar pada barangan atau perkhidmatan.

Jika sabit kesalahan, pemilik premis perniagaan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang untuk pertubuhan atau perbadanan manakala bagi individu atau perseorangan pula, denda tidak melebihi RM10,000 untuk setiap barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

"Pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati dengan meneliti sesuatu produk sebelum membuat pembelian bagi mengelakkan tertipu," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-dakwat-dan-katrij

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.043062 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list