CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6406|Reply: 3

Biadab Dan Melampau, Netizen Israel Buat Trend Persenda Penderitaan Rakyat Palestin

[Copy link]
Post time 6-12-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Baitulmaqdis: Melampau, pengguna media sosial Israel melakukan trend kontroversi mempersendakan nasib rakyat Palestin di Gaza, di tengah serangan berterusan oleh rejim zionis ke atas Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.


Ketika serangan Israel semakin sengit di Gaza, banyak hantaran dari Israel muncul di media sosial, mempersendakan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Palestin, termasuk kekurangan air, elektrik, bahan api, dan makanan di kawasan itu.




Foto: AFP




Pengguna Israel memulakan trend baharu di media sosial, menggabungkan lagu daripada program komedi 2005 untuk memuat naik hantaran yang mempersendakan bencana kemanusiaan di Gaza.


Dalam beberapa hantaran daripada beberapa pengguna termasuk tentera Israel, kelihatan mereka muncul di hadapan kamera dengan melukis muka, bertudung dan pakaian tradisional Palestin dalam cubaan mempersendakan penduduk Gaza.


Beberapa pempengaruh media sosial turut menyertai trend itu, dan sebahagian daripada mereka dilihat menggunakan mimik muka ketawa sambil berkongsi imej kemusnahan di Semenanjung Gaza.


Dalam satu video, seorang wanita dan dua anak perempuannya menutup kepala mereka secara mengejek dan menari mengikut lirik: "Ini adalah rumah saya, tanpa elektrik atau gas, adalah rumah saya, dan Ahmad & Fatma & Abed & Salim."


Satu lagi video memaparkan seorang lelaki menutup kepala dan menari berlatarbelakangkan bangunan runtuh di Gaza, menambah dimensi yang mengganggu kepada trend itu.


Walaupun video itu mendapat jutaan tontonan di media sosial, mereka tidak terlepas daripada kritikan.


Rakaman yang menunjukkan askar Israel di Tebing Barat menutup mata dan mengikat tangan tawanan Palestin, menyanyi di sekeliling mereka, dan memaksa tawanan menyanyi bersama, mencetuskan trend di media sosial, bulan lalu.


Dalam kejadian lain, kanak-kanak Israel, berumur enam hingga 12 tahun, disuruh menyanyikan lagu pada Hari Hak Kanak-Kanak Sedunia pada 20 November, menyeru kemusnahan Gaza.


Walaupun, lagu itu sudah dikeluarkan dari platform berkenaan, ia terus tersebar di pelbagai saluran media sosial. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslaa buat mcm tuuu.. teruskannnn
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 08:38 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 04:00 AM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.056052 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list