View: 8206|Reply: 0
|
Mikel Arteta mahu kekalkan Aaron Ramsdale
[Copy link]
|
|
MIKEL ARTETA
ENGLAND: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menegaskan mahu mengekalkan penjaga gol, Aaron Ramsdale sekaligus menolak spekulasi bahawa penjaga gol England itu mahu meninggalkan Arsenal pada Januari 2024.
Ramsdale kehilangan kedudukannya sebagai penjaga gol pilihan utama Arsenal pada awal musim berikutan ketibaan David Raya yang hadir secara pinjaman daripada Brentford.
Sejak 3 September lalu, Ramsdale hanya membuat tiga penampilan sahaja dan dua daripadanya beraksi dalam Piala Carabao, manakala satu perlawanan Liga Perdana.
Masa depan Ramsdale ketika ini sedang hangat diperkatakan, tambahan kedudukannya untuk menyarung jersi England menjelang Kejohanan Euro 2024 juga tidak berada dalam keadaan seimbang memandangkan dia lebih banyak memanaskan bangku simpanan di Stadium Emirates.
Baru-baru ini, Arteta menggesa Ramsdale untuk bersabar atas sebarang keputusan, dengan mengatakan keadaan mungkin kelihatan berbeza pada bulan Mac.
Bagaimanapun kecederaan bahu kepada rakan sekerjanya di England, Nick Pope, mungkin menyebabkan Newcastle berada dalam pasaran untuk mendapatkan penjaga gol lain pada Januari.
“Saya mahu Aaron bersama kami. Saya sangat gembira mempunyai dua penjaga gol yang sangat hebat dan mahu Aaron kekal bersama kami.
“Kami mahu menjadi lebih baik, jadi kami mahu menambah apa yang sudah kami miliki. Itulah niat kami,” katanya ketika ditanya sama ada mahu menjual Ramsdale kepada Newcastle.
Arteta juga tidak menghalang dan mendesak mana-mana pemainnya atau kakitangan kelab tersebut untuk keluar dari Arsenal pada musim jendela perpindahan Januari 2024.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... kan-aaron-ramsdale/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|