CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6907|Reply: 0

[Melaka] Wang pesara tentera RM125,000 lesap ditipu Inspektor Dani

[Copy link]
Post time 5-12-2023 01:57 PM | Show all posts |Read mode


MELAKA: Seorang pesara tentera berusia 40-an terpaksa berputih mata apabila wang persaraan miliknya bernilai RM125,000 lesap selepas menjadi mangsa penipuan melalui panggilan telefon, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, mangsa menerima panggilan mendakwa daripada Ibu Pejabat Pos Laju di Kuala Lumpur berhubung isu bungkusan tidak dituntut yang mempunyai barang terlarang seperti kad pengenalan dan kad kredit.


ARSHAD ABU

Beliau berkata, pemanggil turut mendakwa bungkusan berkenaan telah disita oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Kemudian talian telah disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan mangsa telah bercakap dengan Sarjan Suraya untuk membuat laporan. Kes mangsa akan diambil alih oleh Inspektor Dani.

“Mangsa dimaklumkan telah terlibat dalam kegiatan dadah dan pengubahan wang haram. Seterusnya talian disambungkan kepada peringkat tertinggi untuk membuat aduan dan rayuan.

“Mangsa juga dimaklumkan semakan ke atas akaun bank perlu dibuat dan suspek akan merujuk perkara ini kepada Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Arshad, mangsa diminta membuat bayaran untuk siasatan dan pembersihan dana yang mana pada Sabtu dan Ahad lalu, mangsa telah membuat pemindahan wang secara berperingkat sebanyak tiga kali ke dua akaun bank diberikan suspek.

“Kemudian mangsa telah menghubungi IPK Pulau Pinang untuk membuat semakan dan mahu bercakap dengan Sarjan Suraya dan Inspektor Dani, namun dia dimaklumkan bahawa telah ditipu dalam urusan tersebut.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan panggilan telefon yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau penjawat awam,” jelasnya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ipu-inspektor-dani/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.092201 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list