CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5080|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiada lesen runcit baharu jual minuman keras di kedai ubat Cina, runcit - DBKL

[Copy link]
Post time 5-12-2023 11:12 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memansuhkan pembekuan pengeluaran lesen baharu bagi penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina.

DBKL pada kenyataan berkata, Lembaga Pelesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) yang baharu dilantik sudah menjalankan fungsi sedia ada dan hanya mempertimbangkan permohonan pembaharuan lesen.

"Pernyataan bahawa Lembaga Pelesenan Eksais yang bersidang pada 23 November lalu sudah menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina adalah tidak benar.

"Pertimbangan terhadap penjualan minuman keras di ketiga-tiga premis berkenaan masih tertakluk kepada garis panduan yang sudah ditetapkan.



"Lembaga yang bersidang pada 23 November itu, hanya meluluskan 1,519 permohonan pembaharuan lesen borong, rumah awam dan runcit. Tiada lesen runcit baharu yang diluluskan," katanya.

DBKL adalah urus setia kepada Lembaga Pelesenan Eksais WPKL dalam memproses permohonan Lesen Minuman Keras di Kuala Lumpur selaras dengan perwakilan kuasa di bawah Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Eksais (Lembaga Pelesen) 1977.

Terdahulu, tular di media sosial menyatakan ahli jawatankuasa yang baharu dilantik Lembaga Pelesenan Eksais di bawah DBKL dilaporkan menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-cina-runcit-dbkl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.053597 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list