View: 5012|Reply: 19
|
Polis Berdepan Kes Misteri, Jumpa Wanita Tua Depan Restoran Dah Tutup, "Aunty Kata Masih Buka, Ada Amirul Kat Dalam”
[Copy link]
|
|
Seorang anggota polis terserempak dengan seorang wanita lanjut usia yang sedikit janggal perwatakannya ketika membuat rondaan malam.
Dia dilihat duduk berseorangan dalam kegelapan malam di bahagian anjung luar sebuah restoran yang sudah ditutup.
"Aunty, you buat buat apa dekat sini? Terkejut saya tengok. Selalu ke duduk sini?" soal anggota polis tersebut.
Foto: mStar
Menurut anggota polis itu, kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi dan lokasinya dirahsiakan.
Apa yang paling mengejutkan apabila warga emas tersebut memberitahu restoran itu sedang dibuka walaupun ia jelas kelihatan tidak beroperasi.
"Kedai ini buka, pergi la tengok dekat dalam. Ada dua orang perempuan dan seorang lelaki, nama dia Amirul.
"Saya lepak je dengan budak-budak di sini. Bos kedai tak marah pun, saya tolong sekali jaga tempat ni," kata wanita itu yang dipercayai berusia 56 tahun dan tidak mempunyai anak.
Tambah anggota polis itu lagi, warga emas berkenaan sangat peramah dan turut mengajaknya bersantai di restoran tersebut.
"Saya tak mahu la aunty lepak dekat sini, kedai ni tutup saya dah tengok. Dekat dalam pun tak ada sesiapa, saya tak nak masuk kedai.
"Jom la aunty saya hantar you balik," kata anggota polis tersebut yang mula berasa tidak sedap hati.
Namun begitu, wanita berkenaan sopan menolak pelawaan anggota polis itu untuk menghantarnya pulang.
Setelah tidak 'makan' pujukan, anggota polis itu terpaksa meninggalkannya untuk meneruskan rondaan, tetapi sekembalinya ke lokasi sama 10 minit kemudian, dia sudah tiada.
Di ruangan kapsyen, dia mengakui timbul rasa gentar dalam diri namun perasaan itu diketepikan kerana sedar sedang menggalas amanah menjalankan tugas.
"Betulkan niat yang paling utama, tetap tenang menghadapinya. Saya harap aunty yang saya tegur tu wujud dan bukan khayalan semata.
"Mungkin Amirul itu selalu membantu aunty dan dua perempuan tu selalu menjaganya sehingga aunty itu tidak lupa kepada mereka.
"esanan untuk diri sendiri, walau apa pun kehidupan seseorang itu, kita tidak boleh merendahkannya kerana dunia ini berputar.
"Tiada kebaikan yang kita boleh peroleh dengan merendahkan orang di sekeliling," ujar anggota polis itu menutup bicara.
Di ruangan komen warga maya berpandangan sebagai anggota penguatkuasa, seseorang itu sudah tentunya tidak dapat lari daripada kes atau kejadian aneh.
"aranormal memang sentiasa ada dengan kita, waktu aunty tu cakap ada orang dalam kedai, saya macam nampak ada bayang dekat pintu.
"Aunty tu sebut je nama Amirul, saya terus rasa meremang satu badan.
"Abang polis, ini saya kongsi amalan sebelum bertugas malam, amalkan Bismillah lima kali dengan doa tawakal," demikian antara komen warga maya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
try esok g semula tempat sama pada waktu yg sama
tgk wujud ke tak aunty tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je kedai makan yg kat luar nmpk tutup tp kat dlm meriah. Ni stock2 underground. Members only can enter. |
|
|
|
|
|
|
|
Mstar ni mastika bsalin kulit ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Nyonya tua di panggil Aunty
kononya bersopan jika panggil nyonya tua.
bangsa ni panggil melayu orang malas dan bodoh.
|
|
|
|
|
|
|
|
takder misteri pun, takder rumah atau mental |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai Amirul ni kat mana? Berita macam takde details nya |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam baru kawan cerita.. lebih kurang gini gak.. tapi kedai pomen.. tayar pancit siap tlg buhkan angin .. pukul 1 pagi.. esok tu google rumah buruk |
|
|
|
|
|
|
|
Either aunty tu atau polis ni yang berhalusinasi. Pick one.
Apa yang misterinya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ja panggik makcik kenapa tak panggil?
Sebab melayu rasa perlu nak differentiate yang 'non' from them - nak wish pun siap buat ayat semekom untuk yang isle, salam sejahtera untuk yg kapir. Sambil tu ada hati berangan nak bahasa melayu jadi bahasa ASEAN, nasib baik indon bangkang
|
|
|
|
|
|
|
|
Cm kt pj tmpt ni..nmpk ada org promote kt fb..tp tak penah nmpk bgnn ni |
|
|
|
|
|
|
|
Letaklah vid sekali kalau berita gini.
Nahhhhh. Video bagi yg nak tengok
|
|
|
|
|
|
|
|
antikorok replied at 5-12-2023 06:04 PM
Letaklah vid sekali kalau berita gini.
Nahhhhh. Video bagi yg nak tengok
Mak cik ni ke atau polis tu yg tgh hisap rokok? |
|
|
|
|
|
|
|
Ujung2 kena game acik tu look out person, belakang anak ke siapa mencuri dlm kedai tu sbb dok suruh polis pergi ke depan lagi. Patah balik mmg la dah tak de dah cabut. |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 5-12-2023 07:23 PM
Mak cik ni ke atau polis tu yg tgh hisap rokok?
Tulah. Terfikir gak. Macam berkebok asap tu datang drpd arah camera jahh
Ataupun asap misteri nusantara |
|
|
|
|
|
|
| |
|