View: 5275|Reply: 14
|
Gagal Potong Kenderaan Di Depan- Pelajar Unisel Maut, Kepala Digilis Jengkaut
[Copy link]
|
|
KUALA SELANGOR – Tragis, seorang penuntut Universiti Selangor (Unisel) maut apabila kepalanya digilis jengkaut di Jalan Bukit Badong, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya.
Kemalangan kira-kira pukul 10 pagi semalam itu menimpa Arif Danial Samsudin, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menuntut di kampus Bestari Jaya itu cuba memotong kenderaan di hadapannya.
Foto: Kosmo
“Penunggang motosikal yang berada di tengah itu bagaimanapun dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh.
“Kepala mangsa kemudian digilis tayar belakang jengkaut yang berada di jalan tersebut,” katanya ketika dihubungi petang ini.
Tambah beliau, kemalangan itu mengakibatkan mangsa parah di kepala dan meninggal duni di tempat kejadian.
“Mayat pemuda itu dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat manakala pemandu jengkaut berusia 39 tahun tidak cedera.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah.
Pagi ni baru saja jumpa orang-orang motor langgar lampu isyarat hampir berlanggar dengan kereta. Laju-laju nak pegi mana? |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Allahuakbar
Takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ikut undang2 jalanraya.
Maut |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai anak. Dah sampai ajalmu... Mudah2an dosa2 arwah diampunkanNYA. Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu sedihnya.. Moga arwah ditempatkan bersama org² yg beriman... |
|
|
|
|
|
|
|
esbok replied at 5-12-2023 10:12 AM
Takziah.
Pagi ni baru saja jumpa orang-orang motor langgar lampu isyarat hampir berlanggar dengan ...
Nak pergi Mati la tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ... takziah utk keluarga arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Hati² la semua.. waktu dijalan raya ni buang mindset nak buktikan power. Tiap kali nak memotong tapi rasa ragu², ingat kemas² slogan BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah pada keluarga...mahu hancur hati mak bapak arwah tengok jenazah anak |
|
|
|
|
|
|
|
I tuduh keadaan jln raya yg mcm celaka tu. jln dkt sini teruk gila. Klau mlm lg horror |
|
|
|
|
|
|
| |
|