CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7956|Reply: 8

Terpedaya Dengan Gaji RM10 Ribu- Lelaki Dipukul, Dipaksa Buat Tekan Tubi 200 Kali, Dikurung Di Kandang Babi

[Copy link]
Post time 4-12-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Seorang mangsa sindiket penipuan kerja di Myanmar mendedahkan dirinya dipukul dengan kayu, muka ditumbuk berkali-kali dan dipaksa membuat tekan tubi 200 kali  sebagai 'denda'.


Mangsa tidak menyangka perasaan terujanya ketika melihat satu iklan tawaran kerja di luar negara menjanjikan gaji mencecah RM10,000 di Facebook sebenarnya menjadi titik mula pengalaman pahit dalam hidupnya.


Berjaya diselamatkan, Anthony (bukan nama sebenar) berusia 26 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur berkata, segala pengalaman pahitnya bermula pada 25 Mac tahun lalu.




Foto: Harian Metro




Katanya, sebelum ini bekerja sebagai pelayan restoran selama tujuh tahun di ibu negara namun kehilangan kerja selepas majikannya menutup operasi kesan daripada Covid-19.


"ada 25 Mac 2022, saya melihat satu iklan tawaran kerja di Facebook kononnya sebagai jurujual emas dengan tawaran gaji antara RM7,000 hingga RM10,000 sebulan.


"Saya terus menghubungi nombor telefon pada iklan dan menjalani sesi temu duga secara dalam talian sebelum diarahkan berjumpanya di sebuah pusat membeli belah di Puchong pada hari sama," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Seputeh di sini, hari ini.


Katanya, dia yang turut diarahkan membawa semua pakaian dan pasport, kemudian dibawa ke sebuah kondominium di Kajang, Selangor dan tinggal di sana selama sembilan hari sementara menunggu urusan memperbaharui pasportnya yang tamat tempoh serta laporan pemeriksaan kesihatan.


"Saya kemudian dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Thailand dengan destinasi terakhir di Mae Sot (Thailand).


"Selepas beberapa hari ditempatkan di sebuah hotel, saya mula sedar yang saya mungkin ditipu dan beritahu ejen saya mahu pulang ke Malaysia, tapi ejen minta bayar semula segala perbelanjaan yang sudah dikeluarkan untuk bawa saya ke sini.


"Saya tidak cukup duit maka dia tawar saya cuba dahulu bekerja di satu tempat di Myanmar dipanggil KK Garden selama tiga bulan, dan saya diarahkan bekerja dengan sindiket 'love scam' mensasarkan warga Amerika Syarikat (AS)," katanya.


Menurut Anthony, sindiket mengarahkannya berkenalan dan 'bercinta' dengan wanita AS sebelum menawarkan skim pelaburan matawang kripto palsu dengan menukar suara dan bahasa menggunakan Google Voice dan berinteraksi melalui Telegram.


"Saya di KK Garden selama tujuh bulan sebelum beritahu majikan saya mahu pulang ke Malaysia namun saya dipaksa membayar 5,000 Renminbi (RM3,280) atau keluarga saya perlu bayar RM20,000, selain mengugut akan membakar rumah keluarga di Malaysia tetapi saya tiada wang.


"ada November tahun lalu, saya dibawa ke Laukkaing di utara Myanmar dan dijual kepada satu sindiket 'scam' milik warga China dan saya juga dipaksa menjadi 'scammer' mensasarkan warga China.


"Selama hampir setahun di situ, saya dipukul dengan kayu sekurang-kurangnya 50 kali, ditumbuk, dan dipaksa membuat tekan tubi 200 kali pada hari yang saya gagal menjana pendapatan untuk sindiket," katanya.


Kata beliau, walaupun dua sindiket itu yang dia bekerja membayar gajinya, namun hanya cukup untuk perbelanjaan harian yang mahal selain makanan yang diberi majikan dikira sebagai bayaran gaji.


"ada tahun pertama di Myanmar, ibu bapa dan kakak saya tidak tahu saya berada di sana dan tipu mereka bahawa saya bekerja di Singapura. Namun pada 5 November lalu, saya terpaksa hubungi kakak minta bantuan untuk selamatkan saya.


"Ketika itu, saya berjaya melarikan diri daripada sindiket selepas berlaku perang saudara di Laukkaing, dan cuba masuk ke China melalui Yunan namun gagal. Saya ditangkap pihak berkuasa Myanmar dan dikurung dalam kandang babi bersama lebih 100 tahanan lain selama tiga hari," katanya.


Sementara itu, kakaknya yang mahu dikenali sebagai Serena, 28, berkata, sebaik menerima panggilan Anthony pada 5 November lalu, dia membuat satu laporan polis di Kuantan, Pahang pada keesokannya.


"Saya kemudian berhubung dengan pihak Pusat Khidmat Parlimen Seputeh untuk meminta bantuan, dan kes ini mendapat perhatian YB (Yang Berhormat) Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh).


"Saya berterima kasih kepada usaha beliau dan Kementerian Luar Negara (KLN) serta kerajaan Malaysia kerana membantu membawa adik saya pulang," katanya.


Dalam pada itu, Teresa turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutamanya KLN, konsulat Malaysia di Yunan (China) dan Yangon (Myanmar) kerana berjaya membuat rundingan seterusnya menyelamatkan bukan sahaja Anthony malah lebih 100 lagi mangsa pulang ke tanah air.


"Saya ucap terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan China, tanpa kerjasama daripada kedua-dua negara, kita tidak akan dapat berjumpa (dengan mangsa) hari ini," katanya.


Jumaat lalu, media melaporkan seramai 121 rakyat Malaysia yang terkandas di Laukkaing, utara Myanmar, berikutan pergolakan di wilayah berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air, melalui pelaksanaan misi evakuasi.


Mereka yang berusia antara 20-an dan 50-an serta kebanyakannya adalah mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di utara Myanmar, diterbangkan ke Malaysia menerusi penerbangan khas AirAsia dari Kunming, China yang turut membawa seorang warga Indonesia yang terkandas di Laukkaing. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2023 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan org mianma banyak ke sini, yg abang pegi cari keje ke sana apekehalnya. Mianma tu bukan Dubai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
scary. nampak gaya zaman sekarang ni tak kisah dah siapa street smart ka book smart ka, dapat kat scammer tersungkur jua.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebijik mcm film No More Bets
Mula2 tunjuk dpt peluang keje kt obersi gaji lumayan...pastu jalan2 ke bangkok bagai.alih2 kene framed dgn agent
Pastu trus dibawa ke myanmar
Sbb tu kalo nk pi holiday ke obersi, hati2 la pilih tourist agent...silap aribulan dia berpakat dgn driver pi htr korang ke border myanmar sana.
X kisahlah pi thailand ke, laos ke, sume bende bleh jd possibilities utk diorg trapped tourists jugak
Kesimpulannya, melancong je la dlm negara
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 08:14 AM | Show all posts
pengajaran...lebih baik tempat sendiri dari tempat org....jangan sekali kali pg kerja di 3rd world country...pg lah middle east atau 1st WC
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 08:26 AM | Show all posts
"Saya tidak cukup duit maka dia tawar saya cuba dahulu bekerja di satu tempat di Myanmar dipanggil KK Garden selama tiga bulan, dan saya diarahkan bekerja dengan sindiket 'love scam' mensasarkan warga Amerika Syarikat (AS)," katanya.


"ada November tahun lalu, saya dibawa ke Laukkaing di utara Myanmar dan dijual kepada satu sindiket 'scam' milik warga China dan saya juga dipaksa menjadi 'scammer' mensasarkan warga China.


"Selama hampir setahun di situ, saya dipukul dengan kayu sekurang-kurangnya 50 kali, ditumbuk, dan dipaksa membuat tekan tubi 200 kali pada hari yang saya gagal menjana pendapatan untuk sindiket," katanya.


Kata beliau, walaupun dua sindiket itu yang dia bekerja membayar gajinya, namun hanya cukup untuk perbelanjaan harian yang mahal selain makanan yang diberi majikan dikira sebagai bayaran gaji.





dari statement ini aku percaya dia adalah scammer bukan mangsa....aku syak dia pura2 jadi mangsa supaya tidak ditangkap dan di blacklist dari ke luar negara....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Myanmar dah lama Perang Saudara, memang bodoh la tak baca News. Perang Dunia Kedua pun masih belum belum tamat di sana.

Cam mana la kau bodoh boleh ke sana.

Kat dalam facebook aku ada Myanmar tekan tekan emoji ketawa sebab diorang ni cemburu dengan sistem politik Malaysia, keamanan dan kemakmuran Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 08:45 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2024 04:25 AM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.054678 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list