View: 10451|Reply: 15
|
Hilang Masa Balik Kerja, Isteri Resah Dah Lima Hari Suami Tak Balik
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Seorang isteri resah dengan dengan kehilangan suaminya yang juga seorang operator kren sejak lima hari lalu.
Bapa kepada dua anak lelaki itu gagal dikesan ketika pulang ke rumah di Parit Haji Kassim, Alor Pongsu di Bagan Serai, Khamis lalu.
J Mizan Ideris, 47, yang menunggang motosikal Yamaha Y15 bernombor pendaftaran KFL 8922, berwarna kuning dan hitam dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kulim, Kedah.
Foto: Harian Metro
Isterinya, Haslini Mat Radzi, 46, berkata, kali terakhir dia berhubung dengan suami antara 3 hingga 4 petang, Rabu lalu ketika dia sedang berkursus di Johor apabila dihubungi lelaki itu yang memberitahu berada di tapak kerjanya.
Menurutnya, suami sudah bekerja di syarikat berkenaan sejak lebih setahun lalu dan berulang setiap hari dari rumah mereka di Alor Pongsu ke Kulim yang mengambil masa kira-kira sejam perjalanan dengan motosikal.
"Saya dihubungi majikan suami pada tengah hari, Khamis lalu yang bertanyakan suami kerana dia tidak masuk kerja sebelum saya hubungi mak dan anak untuk tanya jika suami ada di rumah kerana saya masih berada di Johor ketika itu.
"Tetapi mereka beritahu suami tiada rumah. Selepas itu saya hubungi rakan suami di Kulim minta bantuan mereka mencari jika suami tidur di rumah sewa yang disediakan majikan tetapi di sana juga tiada," katanya kepada Harian Metro.
Katanya, mereka juga cuba menghubungi telefon suami serta turut berusaha mencari lelaki itu termasuk di kawasan yang selalu dilaluinya untuk pulang ke rumah, namun gagal.
"Laluan itu memang agak sunyi terutama apabila dilalui pada waktu malam dan pelbagai usaha sudah kami lakukan tetapi suami masih belum ditemui sehingga kini, malah sebarang petunjuk juga tiada yang membuatkan kami buntu," katanya.
Katanya, hatinya risau mengenangkan keadaan suami dan mengakui semangatnya juga hilang tanpa khabar daripada lelaki itu yang sudah lima hari gagal dikesan.
"Saya dan suami sudah sepakat untuk mengambil cuti minggu depan sebab kami mahu menghantar jemputan perkahwinan anak sulung yang akan berlangsung pada 7 Januari ini tetapi sekarang suami pula hilang tanpa khabar.
"Semua persiapan sudah dilakukan, namun keterujaan untuk mengadakan kenduri sudah tidak dirasai, malah hati ini juga terlalu risaukan suami. Saya berharap suami segera ditemui walau dalam keadaan apa sekalipun dan itu saja harapan saya ketika ini," katanya membuat laporan polis di Balai Polis Bagan Serai, manakala majikan suami membuat laporan polis di Kulim.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi anak Haslini iaitu Zulashraf di talian 018-9522870 dan Zul Fadzli (019-8158347). -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Dah buat report polis Tu oklah..semoga cepat ditemui |
|
|
|
|
|
|
|
smoga abang di cepat ditemui, nk kenduri anak sulung tu dah dekat tarikhnya..
jalan mana yg dia lalu tu.. jauh gak perjalanan tu, mcm2 boleh jadi |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..anak nak kawin, husband pulak hilang...moga yg baik2 saja pengakhirannya |
|
|
|
|
|
|
|
muda lagi dah nak dapat menantu..
kita 40an, anak sekolah lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat terus kes jiran iolls, baru hilang sehari semalam, mak tunggu tak balik2 keje. Call tak angkat. Last2 orang kampung pegi lalu laluan heolls pegi balik kerja, jumpa eksiden pengsan dalam semak. Semak2 yg mcm hutan tu. Nasib baik hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
5hari dah.. semoga selamat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Samada eksiden atau
Dia yang kawen lain
|
|
|
|
|
|
|
|
dh depa kawen umur awal aka 18/19 tahun mmg lh anak dh ada yg nk kawen..rezeki msg2
|
|
|
|
|
|
|
|
sama ada kemalangan atau ikut weza ke rumah janda |
|
|
|
|
|
|
|
Operator kren ni masyuk. Very specialised. Awat pi balik kerja pakai motor ja. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dirompak pun jgn ler sampai dibunuh. org ada keluarga yg menunggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..semoga yang baik2 saja.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|