CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25076|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 100,000 orang berkunjung ke Pesta Nanas, Buah-buahan 2023

[Copy link]
Post time 3-12-2023 10:55 PM | Show all posts |Read mode


Anthony (tengah) mewakili Huang menerima cenderamata daripada Michael (kanan) pada Majlis Penangguhan Pesta Nanas dan Buah-buahan Sarikei 2023 hari ini.

SARIKEI: Dianggarkan lebih 100,000 orang berkunjung ke Pesta Nanas dan Buah-buahan 2023 yang berlangsung selama 17 hari bermula 17 November hingga 3 Disember.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Dato Sri Huang Tiong Sii berkata Pesta Nanas dan Buah-buahan edisi ke-18 ini dipenuhi dengan aktiviti jualan dan 'fun fair'.

"Kita berasa bangga kerana pesta ini berjaya mengumpulkan rakyat berbilang kaum dan agama bukan sahaja dari bahagian Sarikei tetapi seluruh Sarawak.

"Melalui pesta ini kita berjaya membawa penglibatan pelbagai sektor perkhidmatan, produk dan keusahawanan dengan membuka sebanyak 200 gerai jualan oleh usahawan tempatan dan luar.

"Kita yakin dengan usaha ini berjaya membawa Sarikei sebagai 'Food Basket of Sarawak' dan mengangkat kawasan ini sebagai Agropolis Wilayah Zon Tengah bakal menjadi destinasi pelancongan agro di Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan Pengurus Dewan Suarah Sarikei Anthony Tan pada Majlis Penangguhan Pesta Nanas dan Buah-buahan Sarikei 2023 di Pentas Tapak Pesta Dewan Suarah Sarikei hari ini.

Huang berkata, program ekspo pertanian dengan melibatkan 18 reruai pameran daripada agensi sektor pertanian turut dianjurkan pada pesta ini.

"Pesta ini mempromosikan bahagian Sarikei sebagai destinasi agro pelancongan yang kaya dengan hasil pertanian dan sinonim dengan gelaran 'Food Basket of Sarawak'.

"Selain itu, memantapkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di sini dan Sarawak khasnya serta meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat melalui keusahawanan, jualan dan promosi produk.

"Konsep pesta ini berkolaboratif dan mengamalkan 'smart partnership' dengan pelbagai pihak serta kos penganjuran dibiayai bersama oleh pihak-pihak berkaitan," jelasnya.

Hadir sama Residen Bahagian Sarikei Michael Ronnie Langgong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92853 Replies : 167
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199562 Replies : 4684
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6335 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30415 Replies : 223
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9167 Replies : 21
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4266 Replies : 5
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11738 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056181 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list