CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3165|Reply: 0

[Sarawak] Lee serah MRP RM404,000 kepada 46 pertubuhan di Miri

[Copy link]
Post time 3-12-2023 10:16 PM | Show all posts |Read mode


Lee (depan, tengah) bersama Phang (depan) dengan para penerima geran.

MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga ADUN Senadin Dato Sri Lee Kim Shin hari ini menyampaikan geran projek pembangunan kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM404,000 kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sebanyak 46 pertubuhan pendidikan, agama, sosial dan belia, menerima dana berkenaan yang disampakan sendiri oleh Lee bertempat di dewan bangunan SUPP Cawangan Senadin di Permyjaya, hari ini.

Menurut Lee, dana yang diberikan kepada pelbagai organisasi adalah untuk menyokong pelbagai program dan aktiviti mereka yang akan melengkapkan atau menambah beberapa program kerajaan.

Pada masa sama, beliau berharap persatuan-persatuan yang telah menerima geran aktiviti dapat mula menganjurkan program pendidikan, amal dan sosial.

"Sebahagian daripada dana yang diberikan kepada badan agama adalah untuk penyelenggaraan dan pembaikan bangunan," katanya.

Turut hadir menyaksikan majlis penyerahan geran itu ialah Kaunselor Jeffery Phang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.487097 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list