CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3148|Reply: 0

[Sarawak] Kepentingan negara, politik stabil keutamaan kerajaan

[Copy link]
Post time 3-12-2023 10:14 PM | Show all posts |Read mode


Fadillah berinteraksi dengan para pelajar yang hadir pada Program Promosi Kemahiran Teknikal dan Latihan Vokasional Petra Jaya, hari ini.

KUCHING: Kepentingan negara dan politik yang stabil menjadi keutamaan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan rombakan kabinet persekutuan dalam masa terdekat.

Fadillah berkata, belum ada perbincangan mengenai sebarang rombakan kabinet, namun ia adalah prerogatif Perdana Menteri.

“Setakat ini apa yang dipersetujui kami di kepimpinan GPS (Gabungan Parti Sarawak)  adalah memastikan Kerajaan Perpaduan akan kekal dan politik yang stabil.

“Untuk kita mengekalkan dan mengerakkan ekonomi, kita perlu asas utama iaitu pelabur serta politik yang stabil,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Program Promosi Kemahiran Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Petra Jaya di sini, hari ini.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menambah, sebarang keputusan mengenai barisan kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri.

“Kena tanya PM (Perdana Menteri)... tiada perbincangan dalam perkara ini dan ia adalah prerogratif PM.

“Sudah pasti beliau akan menilai, adakah menteri-menteri ini dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik atau tidak.

“Adakah kementerian itu sesuai atau tidak dengan kebolehan, pengetahuan serta kemahiran menteri itu,” jelasnya.

Ditanya mengenai perkembangan mesyuarat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) katanya, mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada Disember ditangguh kepada Januari depan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MA63 (MA63) berkata, ini kerana ramai menteri dari Sarawak, Sabah dan persekutuan tidak dapat hadir atas urusan kerja di luar negara.

“Ada beberapa perkara belum selesai yang sedang dibincangkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kerja.

“Iaitu bidang kesihatan dan keduanya bidang pendidikan,” katanya.

Beliau memaklumkan, ia berkaitan dengan sebahagian daripada autonomi atau kuasa pentadbiran kerajaan negeri atau jabatan negeri dalam kedua-dua kesihatan dan pendidikan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.124002 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list