CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10459|Reply: 0

[Kelantan] 'Sebut owng bukan mu'

[Copy link]
Post time 3-12-2023 11:25 AM | Show all posts |Read mode

ZAINI (kiri) bersama sepupunya, Abdul Rahman Hassan menunjukkan gulai asam rong yang dipadankan dengan ikan sungai seperti ikan kenerat dan baung menjadi hidangan tradisi penduduk Kampung Pemberian. FOTO BERNAMA

Kuala Krai: Bagi pengunjung yang pernah singgah di Kampung Pemberian di sini, apabila berbual dengan warga emas di penempatan itu pasti dapat mengesan dialek unik yang bukan loghat Kelantan.

Penduduk, Hashim Hassan, 75, berkata, generasi pertama Kampung Pemberian berasal dari Kuala Sat, Ulu Tembeling, Pahang masih bertutur dalam dialek Ulu Tembeling.

Kata Hashim, pengunjung jangan pelik sekiranya mendengar perkataan tidak digunakan rakyat Kelantan ketika berbual dengan sebahagian penduduk kampung itu.

"Owng mari sini, kamboi pintu? bermaksud 'awak datang ke sini, tutup pintu atau tidak?' 'owng' bermaksud awak, manakala komboi pula bermaksud tutup.



"Antara ayat lain, 'Aku gi cari pucuk paku tadi, 'menghepa' dalam semok' yang bermaksud 'saya pergi mencari pucuk paku-pakis, terpaksa redah hutan', menghepa maknanya redah," katanya.

Hashim yang mesra disapa Pakda berkata, selain masih mengekalkan dialek Ulu Tembeling dalam perbualan, rata-rata penduduk mewarisi bakat memasak hidangan tradisi Pahang iaitu gulai asam rong (disebut Qhom).

Katanya, bahan utama membuat masakan eksotik itu ialah buah perah.

"Namun sekiranya tersalah proses (buah perah), ia boleh beracun, sebaliknya jika betul pembuatannya, ia boleh disimpan tiga hingga empat tahun," katanya.

Seorang wanita, Zaini Mat Husin, 67, yang mahir memasak gulai asam rong berkata, memandangkan buah perah sukar didapati kerana hanya wujud bermusim, penduduk menyediakan pes rong untuk memasak gulai asam yang dipadankan dengan ikan sungai seperti ikan kenerak dan baung.

"Proses menyediakan pes ini bermula dengan buah dijemur hingga kering, kemudian kulitnya dibuang dan diambil isi sahaja, dijemur semula, selepas itu ia ditumbuk, diarung hingga keluar minyak dan dijadikan pes qhom," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Ahmad Shargowi Derahman berkata, pihak muzium pernah dimaklumkan mengenai sejarah asal Kampung Pemberian yang didakwa dibuka kerana penghijrahan keluarga terdekat dan pengikut pahlawan Mat Kilau.

"Selepas dimaklumkan semula Bernama, kami mengambil langkah segera dengan menghantar Pegawai Penyelidik Muzium ke lokasi dimaksudkan untuk membuat penyelidikan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sebut-owng-bukan-mu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.046090 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list