View: 8654|Reply: 2
|
Loya Dengan Bau Makanan Lepas Disambar Petir, Nenek Usia 75 Tahun Hanya Minum Selama 50 Tahun
[Copy link]
|
|
Sudah 50 tahun tak makan makanan pejal sebaliknya hanya bertahan dengan minuman ringan sahaja.
Itu nasib yang menimpa seorang wanita Vietnam berusia 75 tahun.
Oddity Central melaporkan, Bui Thi Loi menegaskan bahawa dia telah hidup dengan air dan minuman ringan selama setengah abad dan tidak pernah mengidam makanan pejal.
Foto: Oddity Central
Semuanya bermula pada tahun 1963 apabila dia disambar petir ketika sedang mendaki gunung untuk merawat tentera yang cedera semasa perang menyebabkannya tidak sedarkan diri selama beberapa hari.
Disebabkan dia tidak menjamah apa-apa makanan selepas sedar daripada koma, rakan-rakannya memberikan air manis kepadanya.
Beberapa tahun selepas kejadian tersebut, Bui Thi Loi hanya makan buah-buahan sahaja selepas didesak oleh keluarga dan rakan-rakannya.
Wanita berusia 75 tahun itu mendakwa bahawa bau makanan sahaja sudah cukup untuk membuatnya loya, walaupun dia selalu memasak untuk anak-anaknya ketika mereka membesar.
Foto: Oddity Central
Menurut doktor dari Jabatan Pemakanan di Hospital Persahabatan Vietnam-Cuba di Dong Hoi, minuman ringan manis membantu mengisi semula tenaga badan dengan cepat pada masa yang diperlukan dan menyokong fungsi sistem penghadaman badan.
Walau bagaimanapun, mereka menekankan bahawa minuman ringan berbahaya untuk kesihatan manusia dan boleh membawa kepada masalah seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, dan penyakit kardiovaskular. -CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|