|
Seorang wanita terjumpa cebisan jari manusia yang terputus di dalam hidangan saladnya.
Menerusi tuntutan yang dibuat di mahkamah pada Isnin, ia berlaku pada 7 April di sebuah restoran yang terletak di New York, Amerika Syarikat (AS).
Menurut saman itu, kejadian menyebabkan plaintif mengalami "kecederaan peribadi yang serius," termasuk tekanan traumatik, gangguan kognitif, muntah dan sakit bahu.
Gambar Hiasan
Saman itu mendakwa restoran tersebut dan pekerjanya bersikap cuai yang membawa kepada berlakunya kejadian berkenaan.
Menurut dakwaan dalam saman berkenaan, jari tersebut adalah milik seorang pengurus yang bekerja di restoran itu.
Dia dikatakan terpotong jarinya ketika sedang menyediakan hidangan salad untuk pelanggan.
Ketika kejadian, pengurus itu bergegas ke hospital untuk menerima rawatan, namun dikatakan tertinggal cebisan jarinya di dalam hidangan salad tersebut.
Saman itu difailkan di Mahkamah Agung Westchester County. -CARI
Sumber: mStar/ NBC News. |
|