CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3810|Reply: 0

[Perak] Kelindan lori dituduh cuba bunuh koperal polis

[Copy link]
Post time 30-11-2023 12:49 PM | Show all posts |Read mode

Kelindan lori, Mohamad Hafiz Naharoddin (kiri) dituduh cuba membunuh seorang anggota polis berpangkat koperal di Mahkamah Sesyen Teluk Intan, hari ini. - Foto NSTP/Muhamad Lokman Khairi

TELUK INTAN: Seorang kelindan lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis berpangkat koperal, Oktober lalu.

Tertuduh, Mohamad Hafiz Naharoddin, 28, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Kelindan lori itu dituduh melakukan perbuatan cubaan membunuh Koperal Nik Mohd Khairul Izwan Nik Jid dengan memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna merah secara berbahaya di jalan raya sehingga menyebabkan mangsa cedera dengan pengetahuan perbuatan terbabit boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di hadapan Masjid Simpang 4 Labu Kubong, Chenderong Balai pada jam 5.50 petang, 23 Oktober lalu.



Oleh itu, dia dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Cheah Shuh Yuan manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, M Saravanan.

Shuh Yuan tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh.

Saravanan memohon satu jaminan yang munasabah mengambil kira kecederaan di bahu kanan tertuduh yang menerima jahitan akibat terkena tembakan polis.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 ke atas Mohamad Hafiz dengan syarat tambahan seorang penjamin serta perlu melapor diri balai polis terdekat sebulan sekali.

Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 29 Disember depan.
https://www.bharian.com.my/berit ... bunuh-koperal-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.047935 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list