CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2674|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 7,684 mangsa banjir ditempatkan di 49 PPS sejak 11 November

[Copy link]
Post time 30-11-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Seramai 7,684 mangsa banjir daripada 1,976 keluarga secara kumulatif ditempatkan di 49 pusat pemindahan sementara (PPS) sejak Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 bermula pada 11 November lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia meliputi 12 daerah di negeri Kedah, Kelantan, Perlis, Selangor dan Terengganu.

Manakala dari situasi semasa bencana banjir di seluruh negara katanya, sehingga jam 6 pagi hari ini, sebanyak 123 keluarga membabitkan seramai 426 mangsa masih ditempatkan di lima PPS.

"Lima PPS ini (adalah) di empat daerah meliputi negeri Kelantan seramai 317 mangsa, Terengganu (22 mangsa) dan Pahang (87 mangsa)," katanya di Dewan Rakyat.



Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai situasi terkini bencana banjir yang sedang melanda negara dan apakah langkah segera kerajaan dalam memastikan kebajikan mangsa banjir terjaga di PPS.

Mengulas mengenai langkah segera kerajaan bagi memastikan kebajikan mangsa banjir terjaga, Armizan memaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan 8,481 PPS membabitkan 5,063 sekolah, balairaya atau dewan (2,457), masjid atau surau (572) dan pusat komuniti (389).

Katanya, PPS itu mempunyai kapasiti bagi menempatkan 1,620,855 mangsa di seluruh negara.

Beliau turut memaklumkan, JKM juga melantik 868 pembekal barang keperluan asas bagi memastikan penyediaan makanan dan keperluan lain.

"Dan 1,224 pembekal makanan di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi bencana tahun 2023/2024 ini. JKM juga memaksimumkan 774 fasiliti penyimpanan bantuan bencana di seluruh negara mulai bulan September dan Oktober 2023," katanya.

Selain penyediaan makanan bermasak katanya, antara penambahbaikan yang dilaksanakan adalah penyediaan makanan 'retort' sebagai persiapan bagi tempoh 24 jam pertama mangsa tiba di PPS yang boleh diedarkan serta-merta sekiranya makanan bermasak masih belum dapat disediakan dalam keadaan tertentu seperti isu logistik.

"Setakat ini, sejumlah RM2 juta peruntukan disalurkan kepada JKM. Bekalan makanan 'retort' ini telah mula digunakan di negeri-negeri yang mengalami banjir dalam musim ini.

"Selain itu, bermula MTL musim ini juga, kita melaksanakan penyewaan tandas bergerak untuk kegunaan PPS dengan peruntukan sebanyak RM10 juta," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-sejak-11-november
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.145260 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list