|
Hutang RM 4K tapi sampai nak sita rumah,freeze account dan gantung kerja
[Copy link]
|
|
Setakat last aku check, Melesia ni bukan Korea Utara, masih pakai rule of law, peraturan undang2 la senang cite, aku nak kabo seket, yang bulih rampas harta korang cuma perintah Mahkamah, itu pun harta berbentuk rumah dan kalau hutang tu hutang yang dijamin/mortgage oleh rumah tu, senang cite housing loan la, kete pun cuma boleh dirampas kalau kau tak bayar hutang kete tu, harta lain dalam rumah korang macam set pinggan mangkuk etc cuma boleh dirampas oleh tiga orang, courts mammoth, kalau korang penyewa tapi tak bayar lebih setahun kalo tak silap, tuan rumah boleh buat writ of distress nak cover balik sewa, dan ketiga kalu korang dah disiytiharkan bangkrap hutang 50 ribu tapi duduk rumah kat Damansara Height ke rege 3 juta dalam sofa set rege 70ribu, bailiff mahkamah boleh angkut sofa tu nak setel hutang ko, tapi semua tu mesti ikut prosedur mahkamah.
Fenomena debt collector ni sebab officer bank dah banyak buat faktab waktu luluskan kad kredit.......nak try dapatkan duit ko tanpa melalui mahkamah sebab kalau diorang start tindakan mahkamah, majistret dengan hakim pegi gelak kan sebab dokumen semua tak cukup...
sebab bank2 nak easy money, diorang bagi senang application kad kredit, pas tu promoter pun banyak dapat kosmisyen, so ada la banyak kawtim2, sampai takde IC pun bole dapat, bila nak saman, lawyer tengok insruction dalam fail dari bank, dengan IC tak de name tak betul bagai, bile call orang tu cakap dia tak pernah pun apply, jadi ada penipuan, bank nak jugak duit die tapi tak leh saman, so diorang ambik la debt collectors, debt collector ni modus operandi (cara beroperasi) ialah dengan bagi kau takut, yang mana kalau ko tau undang2, ko pi bantai gelak dekah2, kalau diorang ugut nak bawak p****l, ke nak ugut bunuh kau, kau cakap balik, -jangan cakap nak repot polis, itu ko pulak balik kena bantai gelak kat diorang-, ko cakap je ko pun boleh cari abam taiko yg ada p****l tunggu die kt depan rumah, (Kawan aku pernah kene ugut dek collector style macam ni, tapi dia pun tak takut, sebab dia ada lesen bawak p****l, keje bodygad) , ko cakap kat die jangan tutup phone dan jangan tak angkat phone kalau aku call........
aku ade sorang member bekas debt collector, dia sendiri mengaku hidup sebenarnye dalam ketakutan, konfiden je acah orang, tobat tak nak jadi debt collector lepas sorang yang dia kejar ambik gambar anak dia depan pintu sekolah pas tu send kat die........
untuk golongan yg suke ugut2 orang tak tentu pasal nih pasal duit nih, tok guru aku sendiri dah penah nasihat aku, sebelum kita nak parang orang tak tentu pasal, ingat dulu parang orang mungkin lebih tajam n lebih besar dari kita........ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasalah, undang-undang di malaysia ini masih lagi protect orang2 yang berhutang...nasib baik hutang dengan bank, hanya diganggu oleh debt collector, kalau hutang dengan Along, siap kau ... !!!. Kalau nak diikutkan, semua bank dah banyak buat untung dengan hasil riba dan bunga yang melampau...sebab tu lah orang yang berhutang tidak dikira melakukan jenayah... |
|
|
|
|
|
|
|
4PM BANTAH CARA BANK TUNTUT HUTANGAug 16, 2015
KUALA LUMPUR – Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) membantah pendekatan yang diguna pakai segelintir bank bagi menuntut hutang ke atas peminjam mereka.
Presidennya, Rosland Mohd. Arif berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada peminjam yang mendakwa ditakutkan oleh pihak bank dengan pelbagai ugutan hingga menyebabkan hidup mereka jadi tertekan.
“Permasalahan ini berlaku kerana sikap pemungut-pemungut hutang yang dilantik pihak bank. Kaedah mereka menagih hutang sungguh menakutkan. Mereka mengancam rumah peminjam akan disita dan sebagainya sedangkan hutang tertunggak tidak seberapa.
“Mereka juga menyamar sebagai kakitangan dari pejabat peguam. Masa yang diberi untuk membayar balik pula sungguh singkat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Rosland mengingatkan para peminjam supaya jangan sesekali bimbang dengan ancaman seperti itu kerana proses menyita harta harus melalui prosedur-prosedur yang diperuntukkan.
Menurut beliau, tiada mana-mana pihak boleh menyita rumah orang ramai tanpa kebenaran daripada mahkamah dan penyitaan selalunya dihadiri dua saksi iaitu pihak polis serta wakil bank.
Rosland dalam pada itu mempertikaikan sikap segelintir bank yang didakwa sengaja membiarkan peminjam lalai mengenai hutang tertunggak mereka hingga faedah terkumpul menjadi tinggi.
“Bank akan membankrapkan peminjam apabila faedah pinjaman mencecah melebihi RM30,000. Bank tidak perlu menunggu begitu lama untuk mengambil tindakan terhadap peminjam,” katanya.
Justeru, kata beliau, 4PM diwujudkan sejak tahun 2013 bagi membantu orang ramai yang menghadapi masalah seperti itu terutama mengeluarkan mereka daripada status bankrap.
“Rekod pencapaian terbaik 4PM menyelesaikan isu pinjaman setakat ini adalah bayaran kad kredit tuntutan sebanyak RM140,000 dan kes ditutup dengan bayaran minimum RM7,000 dengan enam kali bayaran semula,” katanya.
Tambah beliau, 4PM secara keseluruhan telah berjaya menyelesaikan lebih 3,000 kes hutang tertunggak yang nyaris menyebabkan kebankrapan dan harta benda peminjam dilelong pihak bank melalui kaedah rundingan.
Orang ramai yang memerlukan bantuan 4PM diminta menghubungi talian 03-238 67835/019-2531000/019-3971000/011-1331 3155 atau melayari laman webwww.ppppmalaysia.weebly.com. – Mynewshub.cc
|
|
|
|
|
|
|
|
SY ada masalah hutang dengan singer...lawyer baru call nak sita rumah...tunggakan da cecah 4k....dia minta bayar 2ksblum esok... |
|
|
|
|
|
|
|
sbnrnya saper ada lkuasa nak sita rumah ni...setau aku kalau x bayar cukai tanah ke atau cukai pintu baru dikuatkuasakan sita rtumah....x pernah lg syarikat eletrik melalui pegiuamnya nak sita rumah org yg tak bayar installment |
|
|
|
|
|
|
|
Xde nya dorang nak datang
Jangan takut sgt sbb dorg ugut je tu
|
|
|
|
|
|
|
|
org yg tak tahu undang2, mmg mudah dipermainkan dengan org yg celik undang2.. sian..
ginilah senang citer, selagi hutang anda belum mencecah 30k maka tak perlu le takut kene bangkrap ker.. kene sita ker.. kene report pengarah ker.. etc..
untuk bank membangkrapkan anda, perlu dapat kelulusan mahkamah.. itu pun selagi tak cecah 30k, bank tak boleh apply mahkamah utk membangrapkan anda.. cuma boleh dapat perintah mahkamah supaya anda membayar, itu sahaja..
cuma bila dah cecak 30k & anda diistiharkan bangkrap, baru ler bank boleh sita apa2 harta atas nama anda untuk dilelong.. so kalau rumah tu bukan atas nama anda (i.e nama suami), bank takde hak nak sita..
so kalau ada call yg gegar2 gitu, jawab jelah saya akan bayar bila ada duit nanti... bila dia gegar lebih2, anda tau perlu tau hak anada & limitation yg debt collector boleh buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Debt collector kena jumpa u tunjuk surat dan lesen dia orang. Baru boleh buat kerja. Debt collector yang ugut macam2 ini biasanya along cari duit poket.
Hutang u dekat bank dia akan mark up untuk duit kopi.
Harap lepas ni u consult dengan lawyer jngn bayar terus pada debt collector.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: ([email protected]) |
|
|
|
|
|
|
|
Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: ([email protected]) |
|
|
|
|
|
|
|
Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: ([email protected])
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam, saya baru mendapat panggilan telefon dari DC nama dia imran dari syarikat hapa tah. Ayah saya ada buat pinjaman dgn mbank, dia bayar bulan bulan tapi bayar apa yang mampu ja dalam 500 camtu tapi minimum payment 1711. DC tu cakap next monday depa nak nak mari rumah harap bagi kerjasama depa cakap. Apa yang perlu saya buat? Macam mana ye nak buat pengurangan dengan bank? Mak saya sampai nangis nangis kena marah dgn imran tu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada dapat kes macam ni.. sila buat report bank negara.. sila record apa semasa perbualan |
|
|
|
|
|
|
|
Hai,sy bru dlm forum ni ...
Sy perlu bantuan .., mcmni cita dia .sy ade bli penapis air wirama jujur,mmg sy ad skip byr, xlame lps tu dia ckp nk sman sy,ckp bwk naik mahkamah la ... kmdian ade lawyer call sy ckp nk sita brg2 berharga kat rumah .. tp sy xpnh dpt surat dr mahkamah, dan lawyer tu dr kl ... fyi,penapis air tu xpernah di servis oleh pihak tersebut,slme sy gna tu lah xpernah servis ... minta pandangan smua ,ape sy perlu lakukan .. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak ke outstanding balance? Biasa kalau bukan bank orang buat tak tau je.
Kalau Bailiff bebtul-betul datang, kita ada hak tak bagi masuk dan diorag perlu datang lain kali dengan bawa waran pecah masuk( bawak tukang kunci ).
Proses sita:
1) Ada Penghakiman keatas peminjam
2) Bank melalui peguamnya akan menfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah WSS daripada Mahkamah
3) Setelah mendapatkan Perintah ini, Loyar akan mendapatkan khidmat Bailiff (Pegawai Mahkamah) dan pergi kealamat yang ada didalam Perintah tersebut dan jika dibenarkan masuk (Tuan rumah ada hak untuk TIDAK membenarkan Bailiff masuk) Bailiff akan menandakan barang barang dalam rumah yang dianggap ada nilai dan memberi masa 14 hari bagi peminjam untuk membuat bayaran sebelum lelongan awam dilakukan untuk mendapatkan hasil bagi membayar tunggakan.
4) Seorang Pak Guard akan ditempatkan dikawasan premis penyitaan bagi memastikan tiada barang yang telah ditanda dibawa keluar. Kos Pak Guard dan biasanya termasuk makan minum akan ditanggung oleh peminjam
5) Dalam perjanjian pinjaman biasanya akan disebut segala kos tindakan undang undang hendaklah ditanggung oleh peminjam dan telah dianggap dipersetujui semasa perjanjian ditandatangani.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|