CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2720|Reply: 0

Turun Nabi Isa menguatkan syariat Nabi Muhammad

[Copy link]
Post time 26-11-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Turun Nabi Isa menguatkan syariat Nabi Muhammad


SALAH satu tanda kiamat yang besar adalah turunnya Nabi Allah Isa AS ke bumi untuk menyelamatkan umat Islam dan membunuh Dajal di pintu Lud.


Salah satu tanda kiamat yang besar akan berlaku adalah turunnya Nabi Allah Isa AS ke bumi untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu dan membunuh Dajal di pintu Lud.

Nabi Allah Isa AS bergelar sebagai 'Al Masih' kerana apabila Nabi Isa AS menyapu pada tempat yang sakit akan sembuh penyakit itu.

Perkara ini dinyatakan dalam al-Quran, Surah Ali Imran ayat 49: "Dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak lahir dan orang yang berpenyakit kusta. Dan aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah."

Ini adalah antara mukjizat Nabi Isa AS dan kita sebagai umat Islam mengetahui serta meyakini bahawa Nabi Allah Isa AS belum wafat.

Di dalam al-Quran, Surah an Nisa ayat 157, Allah SWT berfirman: "Dan juga (disebabkan dakwaan) mereka dengan mengatakan: 'Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah'. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang yang telah berselisih faham mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin."

Berkenaan turunnya Nabi Allah Isa AS pada akhir zaman diisyaratkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah RA: "Demi zat yang jiwaku berada di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya akan segera turun kepada kamu semua, Nabi Isa bin Maryam sebagai hakim yang adil." (Riwayat al Bukhari)

Menurut al Imam Ibn Hajar al Asqalani di dalam kitabnya, Fathul Bari Syarah Sahih al Bukhari: "Yang dimaksudkan hakim di dalam hadis itu adalah Nabi Isa turun sebagai hakim yang menggunakan syariat Nabi Muhammad kerana syariat ini tidak akan berubah dan Nabi Isa akan turun sebagai hakim dari umat ini". Tidaklah Nabi Isa itu turun dengan membawa syariat bahru dan membatalkan syariat yang sedia ada. Bahkan Nabi Isa akan menguatkan syariat dan beramal dengan syariat tersebut.

Mungkin ada yang tertanya bilakah Nabi Isa AS akan turun? Seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis, daripada Saidina Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda: "Akan sentiasa ada sekumpulan daripada umatku yang berjuang membela kebenaran sehingga kiamat, lalu Isa bin Maryam akan turun. Maka berkata pemimpin orang Islam ketika kepadanya: 'Silakan menjadi imam solat.'

Lalu Nabi Isa menjawab: 'Tidak, sesungguhnya di sebahagian di antara kamu adalah pemimpin kerana Allah memuliakan umat ini.' (Riwayat Muslim)

Kemudian, Nabi Isa AS akan turun di sebuah tempat iaitu di Menara Putih sebelah timur Kota Damaskus (Damsyik, Syria) dengan mengenakan pakaian yang dicelup za'faran dan ia disebutkan di dalam sebuah hadis daripada an Nawwas bin Sam'aan, beliau berkata: "Allah mengutus Isa bin Maryam. Dia turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damaskus dengan mengenakan pakaian yang dicelup dengan za'faran dalam keadaan berpegang kepada sayap dua malaikat." (Riwayat Muslim)

Imam Ibnu Kathir mengatakan bahawa Nabi Isa AS akan turun pada masa Imam Mahdi di Menara Putih, bahagian timur Masjid al Umawi, Kota Damaskus, Syria.

Tempoh beradanya Nabi Allah Isa AS di muka bumi ini terdapat dua pandangan iaitu:



Pandangan Pertama

Pandangan ini mengatakan tujuh tahun

Pandangan Kedua

Pandangan ini menyatakan baginda (Nabi Isa AS) akan berada di bumi ini selama 40 tahun.

Kedua-dua pandangan ini merujuk kepada hadis Nabi Muhammad SAW: "Maka Allah mengutus Isa bin Maryam, kemudian beliau menetap di bumi bersama umat Islam selama tujuh tahun. Selama ada beliau, tiada lagi permusuhan dan kebencian. Lalu Allah mengirimkan angin dingin dari negeri Syam, maka setiap manusia yang terdapat di dalam hatinya iman walau seberat biji zarah, pasti akan mati terkena angin tersebut." (Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda: "Maka Isa AS duduk tinggal di bumi selama 40 tahun. Kemudian beliau meninggal dan disembahyangkan oleh umat Islam." (Riwayat Abu Daud)

Maka alim ulama mengharmonikan kedua-dua hadis itu dengan mengatakan tempoh tujuh tahun itu adalah masa Nabi Isa AS menetap di bumi selepas turunnya dari langit manakala empat puluh tahun itu adalah umur keseluruhan Nabi Isa AS di bumi iaitu masa hidupnya di bumi sebelum baginda diangkat ke langit.

Menurut sebahagian pendapat mengatakan bahawa umur Nabi Isa sebelum diangkat ke langit berusia 33 tahun. Wallahu'alam.

Minggu Depan: Perihal Dajal

Penulis pendakwah bebas

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... ariat-nabi-muhammad

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.083578 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list