CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Saya dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan runtuhan batu'

[Copy link]
Post time 26-11-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode

Insiden gelinciran cerun setinggi 30m berhampiran Pangsapuri Taman Cheras Mas, semalam. - Foto ihsan JBPM Selangor

KUALA LUMPUR: Penghuni Pangsapuri Taman Cheras Mas, di sini, menyifatkan insiden gelinciran cerun setinggi 30 meter (m) berhampiran premis itu, semalam, sebagai antara yang serius selepas beberapa kejadian sama berlaku pada Jun lalu.

Penduduk, Yong Ah Kew, 65, berkata gelinciran tanah itu disedari berlaku pada jam 2 dan 5 pagi ketika beliau sedang tidur.

"Saya kemudian dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan runtuhan batu," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian, malam tadi.

Seorang lagi penduduk, Lim Cheng San, 64, berkata beliau hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 7 pagi ketika hendak keluar membeli makanan.



Beliau yang juga ketua blok pangsapuri itu mendakwa, runtuhan kecil pernah berlaku di kawasan terbabit dan penduduk telah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) untuk pemantauan.

"Lazimnya pada waktu petang, ramai kanak-kanak bermain berhampiran kawasan runtuhan, namun saya bersyukur kejadian kali ini tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa," katanya yang sudah lebih 10 tahun mendiami pangsapuri berkenaan.

Terdahulu, hujan lebat dipercayai menjadi punca kejadian gelinciran cerun berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi bagi melakukan pemantauan selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.35 petang semalam.

"Pemantauan itu bertujuan memastikan tiada risiko berbahaya kepada orang ramai, selain bagi melakukan kerja-kerja memasang sawar di cerun itu untuk menghalang orang awam mendekati lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jarak lokasi kejadian dengan pangsapuri terbabit dianggarkan 30 hingga 45 meter, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu dan kes diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... t-dan-runtuhan-batu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.041326 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list