CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2238|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kes keganasan terhadap wanita masih di tahap membimbangkan

[Copy link]
Post time 25-11-2023 03:37 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kes keganasan terhadap wanita masih berada pada tahap membimbangkan dengan 5,050 kes direkodkan bagi tempoh Januari sehingga Ogos tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jumlah itu melibatkan kes keganasan rumah tangga, jenayah rogol dan gangguan seksual di seluruh negara.

Menurutnya, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 9,334 kes dicatatkan pada 2021 manakala 8,580 kes pada 2022.

“Kebangakan keganasan terhadap wanita dilakukan oleh orang yang dikenali dan terdapat juga kes yang tidak dilaporkan kerana masalah dalaman keluarga atau masalah peribadi.

“Justeru Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggerakkan kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita sempena sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita yang disambut hari ini.

“Kempen ini mengajak seluruh rakyat Malaysia memakai pakaian berwarna oren pada 25 November bagi mempamerkan solidariti dalam menghentikan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, KPWKM dengan kerjasama United Nations Population Fund (UNPFA) turut mengadakan simbolik pelancaran kempen menerusi sinaran cahaya oren di Menara Kuala Lumpur, semalam.

Tambah Nancy, pihaknya komited untuk terus melindungi wanita khususnya mereka yang menjadi mangsa keganasan dengan pelaksanaan pelbagai perkhidmatan, program dan inisiatif berkaitan.

“Antaranya adalah penggubalan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) serta program Advokasi Antigangguan Seksual (AAGS) bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat.

“Setakat ini, sebanyak 65 program AAGS telah dilaksanakan pada 2023 melibatkan seramai 25,251 peserta. Program ini turut merangkumi Program Jerayawara KASIH KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ahap-membimbangkan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.191758 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list