CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 632|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Banjir: Mangsa di Terengganu berkurang, di Kelantan meningkat sedikit pagi ini

[Copy link]
Post time 25-11-2023 12:46 PM | Show all posts |Read mode

MANGSA banjir di PPS (gambar fail). FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Keadaan banjir di Terengganu beransur pulih dengan jumlah penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan setakat pagi ini, namun di Kelantan mencatatkan sedikit peningkatan.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan berkurang kepada 486 orang pagi ini berbanding 638 orang malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu memaklumkan 273 mangsa ditempatkan di dua PPS di Kuala Terengganu, manakala 62 orang berlindung di tiga PPS di Kuala Nerus.

Selain itu, 124 mangsa berada di tiga PPS di Marang dan 27 orang ditempatkan di sebuah PPS di Besut.



Bagaimanapun, paras air sungai di beberapa stesen utama di negeri ini kembali meningkat dengan Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Setiu di Kampung Besut dalam daerah Setiu berada pada tahap waspada, masing-masing mencecah 11.34 meter (m) dan 16.51m setakat 9.30 pagi ini, manakala Sungai Jalok di Jambatan Chalok mencapai tahap amaran pada 8.25m.

Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman turut berada pada tahap waspada dengan masing-masing mencecah 3.54m dan 1.75m.

Di Kelantan, berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 63 mangsa masih berlindung di dua PPS melibatkan 30 orang di Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja di jajahan Pasir Puteh dan di SK Tok Deh, jajahan Pasir Mas meningkat kepada 33 orang berbanding 31 orang malam tadi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ingkat-sedikit-pagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.049101 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list