CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1069|Reply: 0

[Selangor] Rugi RM70,000, beratur panjang, tiket Coldplay tak ‘valid’

[Copy link]
Post time 23-11-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode

Perkongsian pengguna TikTok, Abg.Supra yang mendakwa telah menjadi mangsa scammer penjualan tiket konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

PETALING JAYA – Sekumpulan peminat kumpulan rock dari Britain, Coldplay di Malaysia akhirnya berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM70,000 disebabkan tiket yang dibeli dari seorang individu tidak dapat digunakan untuk memasuki ruang konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Kesemua mereka berkongsi pengalaman pahit itu menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun TikTok, Abg.Supra.

Katanya, mereka juga telah beratur di luar stadium sejak pagi lagi, namun setibanya giliran untuk semakan tiket, pihak urusetia mendapati tiket tersebut tidak sah.

“Kami semua kena scam, jadi tiket tak valid. Tak pasal-pasal kena duduk dengar dekat luar sahaja. Boleh lah buat rasa-rasa.

“Semua dah sampai tapi tiket tak ‘valid’, satu langkah sahaja lagi nak masuk.

“Kami semua datang secara kumpulan, ada yang beli tiket VIP harga lebih RM3,000, ada yang RM758, RM598. Anggaran keseluruhan semua hampir RM60,000 hingga RM70,000,” katanya.

Bagaimanapun, sebagai peminat setia Coldplay, mereka memaklumkan akan ke Singapura bagi mengikuti konsert kumpulan tersebut yang dijadualkan berlangsung selama enam hari pada Januari tahun depan.

“Tak apa lah, kita jumpa pula konsert Coldplay di Singapura nanti,” jelasnya.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang lelaki mendakwa telah ditipu sebanyak RM1,200 berhubung pembelian tiket konsert Coldplay yang dibeli daripada seorang individu pada 27 Julai lalu.

Pemuda tersebut memuat naik hantaran pada aplikasi X menggunakan nama SyedAmiruuul mendakwa, dia membeli tiket konsert Coldplay itu apabila individu tersebut tidak dapat menghadirinya kerana peperiksaan akhir.

Terdahulu, lebih 85,000 penonton membanjir Stadium Nasional Bukit Jalil meraikan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur malam tadi. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... coldplay-tak-valid/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.138349 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list