CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 698|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Banjir: Pengalaman lalu jadi panduan koordinasi Nadma, agensi penyelamat

[Copy link]
Post time 23-11-2023 10:54 AM | Show all posts |Read mode

KAWASAN rendah di Kampung Tersang yang berada di pinggir Sungai Golok mula di naiki air akibat hujan berterusan sejak dua hari. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kuala Lumpur: Koordinasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama agensi penyelamat lain dalam menghadapi musim bencana telah dibuat secara teratur dan baik, kata Ketua Pengarah Nadma Datuk Khairul Shahril Idrus.

Beliau berkata persediaan awal telah dibuat sebelum musim Monsun Timur Laut (MTL) tiba, selain menambah baik prosedur operasi standard (SOP) menyelamat.

"Pelbagai latih amal telah dibuat bersama kesemua agensi penyelamat mengikut Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20.

"Kita tidak mempunyai masalah dalam mengkoordinasikan agensi penyelamat lain kerana kami banyak belajar daripada pengalaman-pengalaman lalu (pengalaman bencana alam)," katanya.
Berita menarik menerusi E-Mel setiap pagi



Khairul Shahril berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan dalam Ruang Bicara bertajuk "Banjir: Bantuan Menyelamat, Kerjasama Agensi Penyelamat" anjuran Bernama TV di sini malam ini.

Menurutnya, koordinasi antara agensi penyelamat lain dapat membantu pegawai-pegawai agensi berkenaan saling bertukar pandangan dan kefahaman SOP berkaitan tugas menyelamat.

"Selain itu, saya ingin menyeru masyarakat setempat agar menjadi pasukan responden pertama yang bertindak jika berlaku sesuatu bencana alam di kawasan mereka tanpa menunggu ketibaan bantuan penyelamat.

"Ini kerana penduduk setempat lebih mengetahui lokasi di mana berlaku bencana (air banjir naik), tempat untuk berpindah dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata sebanyak 150 bot telah diluluskan dalam peruntukan sebelum ini untuk diberi kepada komuniti setempat.

Beliau berkata kemudahan itu adalah untuk komuniti keluar lebih awal jika berlaku banjir dan memudahkan urusan menyelamat dapat dilaksanakan.

"Kita perlu memperkasa komuniti setempat agar mereka dapat bertindak dalam keadaan kecemasan sebelum bantuan tiba," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-agensi-penyelamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195745 Replies : 4532
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.272279 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list