CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3111|Reply: 0

[Perak] Topoi terima bayaran seikhlas hati

[Copy link]
Post time 22-11-2023 12:51 PM | Show all posts |Read mode

WALAUPUN duduk di kampung dan jauh dari dunia popular, namun sebut sahaja nama Topoi, memang jolokan itu cukup dikenali oleh sebagai tukang gunting rambut pemurah. FOTO Bernama

Pasir Salak: Sebut saja Topoi, pasti ramai mengenali tukang gunting rambut pemurah yang tidak asing bagi penduduk di Kampung Gajah dan Kampung Kuala Kinta dekat sini.

Zamri Saidon, 53, atau Topoi yang berasal dari Kampung Kinta, mengusahakan khidmat menggunting rambut di hadapan rumahnya sejak 20 tahun lepas tanpa menetapkan sebarang kadar bayaran, malah pelanggan boleh membayar kadar seikhlas hati.

"Saya mengusahakan perniagaan ini di Kampung Kuala Kinta sejak 20 tahun lepas dan sepanjang berniaga tidak pernah letakkan kadar bayaran kerana di sini kawasan kampung. Tak semua orang mampu nak membayar jadi saya ambil keputusan begitu (tak letak harga).

"Terpulanglah kepada pelanggan untuk berikan berapa mereka mampu. Saya pun bukanlah pandai sangat seperti tukang gunting rambut salun, penghawa dingin pun tiada, buat dalam pondok sahaja. Jadi ikutlah kepada pelanggan nak beri saya berapa, saya terima seadanya," katanya kepada Bernama di pondok gunting rambutnya di sini.



Menurut Topoi, kemahiran menggunting rambut dipelajari daripada arwah bapa saudaranya dikenali sebagai Pak Ngah Saidi yang juga tidak meletakkan kadar harga bagi perkhidmatan gunting rambut dan perkara itu diteruskan olehnya.

"Saya mula minat menggunting rambut sejak berusia 15 tahun, masa itu Pak Ngah yang jalankan perniagaan ini pesan jangan letakkan harga biarlah pelanggan berikan bayaran dan ikhlaskan diri kerana Allah SWT. Masa itu pun Pak Ngah terima sekitar RM1 ke RM2 sahaja, sudah memadai.

"Setakat ini, kalau bayaran, ada pelanggan beri RM5 dan ada RM10 ikut kemampuan mereka. Saya akan ikut permintaan mereka, jenis potongan yang mereka mahukan malah ada minta gaya potongan terkini pun saya lakukan," katanya.

Zamri berkata, pondok gunting rambut di hadapan rumahnya dibuka bermula 10 pagi hingga 7 malam setiap hari, selain turut melakukan kerja-kerja kampung.

"Jika tiada pelanggan saya akan berehat dan jika ada sedikit kerja kampung saya buat juga. Jika pelanggan datang mereka boleh menelefon saya kerana kebiasaannya pelanggan adalah dalam kalangan penduduk kampung dan serata Kampung Gajah sahaja," katanya.

Menurut Zamri, apabila menjelang musim perayaan, dia tidak menang tangan kerana kebanyakan pelanggan tetap pulang ke kampung dan mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di kedainya.

"Alhamdulillah, walaupun tidak mengenakan sebarang kadar bayaran namun jika dikumpulkan sebulan bolehlah saya dapat sekitar RM800. Tidaklah semewah orang lain kerana saya lakukan kerja ini dengan harapan dapat memuaskan hati pelanggan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yaran-seikhlas-hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.065732 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list