CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 943|Reply: 0

[Terengganu] Agensi berkaitan diminta segera atur aset di kawasan banjir

[Copy link]
Post time 20-11-2023 04:14 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN menyelamat membantu memindahkan penduduk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air di Taman Murni Permai, Tok Jembal. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Semua agensi berkaitan diminta segera menggerakkan aset ke kawasan terjejas banjir.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ia bagi memastikan mangsa dapat diselamatkan dan dipindahkan segera ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau berkata, hujan yang melanda Terengganu menyebabkan penduduk di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dipindahkan ke PPS setakat ini.

"Saya sudah mengarahkan agensi berkaitan untuk berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi susulan banjir yang melanda di beberapa kawasan di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.



"Ini termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan agensi sokongan lain untuk memindahkan mangsa banjir.

"Selain itu, agensi berkaitan juga diminta memastikan semua keperluan termasuk khidmat kesihatan disediakan segera di PPS," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu berkata, penerimaan hujan yang sangat tinggi direkodkan melebihi 200 milimeter (mm) di sekitar daerah Kuala Terengganu manakala 100 mm di sekitar daerah Kuala Nerus, Besut, Setiu dan Marang.

"Setakat pagi ini, beberapa kawasan dinaiki air seperti Kampung Tok Adis, Jalan kamaruddin, Jalan Pusara, Rhu Rendang, Pasar Payang, Kampung Che Kundur, Gong Badak, Merchang, Jalan Kampung Paloh, Jalan Sultan Omar, Tok Jembal.

"Sehingga jam 12 tengah hari, tiga PPS dibuka iaitu Dewan Serbaguna Tok Jembal (124 mangsa), Dewan Flat Batin Perdana (25 mangsa) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering (35 mangsa).

"Dua buah sekolah iaitu SK Losong dan SK Seri Budiman terpaksa ditutup kerana dinaiki air setinggi 0.3m ditutup dan semua guru dan pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

"Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) turut memantau banjir di sekolah berkenaan dan sekolah-sekolah yang lain," katanya.

Dalam pada itu, Hanafiah menasihatkan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan berpindah segera sekiranya berlaku banjir di kawasan mereka.

Katanya, penduduk juga diminta peka dengan arahan pihak berkuasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-di-kawasan-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060184 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list