CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3928|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gelombang berita palsu gugat kestabilan ekonomi, hakis keharmonian - Tun Ahmad Fuzi

[Copy link]
Post time 17-11-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Gelombang berita palsu gugat kestabilan ekonomi, hakis keharmonian - Tun Ahmad Fuzi


November 17, 2023 @ 3:29pm



Tun Ahmad Fuzi menyampaikan ucapan perasmian pada Istiadat Perasmian Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas di perkarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini. - Foto NSTP/Mikail Ong



Oleh Siti Aminah Mohd Yusof
GEORGETOWN: Semua pihak diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat atau melemparkan tuduhan serta kritikan tidak berasas terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang tanpa usul periksa yang kukuh dan jelas.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, berkata gelombang berita palsu bukan sahaja mampu mengganggu gugat kestabilan ekonomi negeri malah turut menghakis keamanan dan keharmonian rakyat.

"Golongan tidak bertanggungjawab lebih cenderung mempercayai berita palsu dan tidak tepat serta berlumba-lumba untuk menjadi johan bagi menularkan berita sedemikian.

"Pencapaian cemerlang negeri pada hari ini tidak akan terhasil tanpa adanya dasar, arah tuju program yang jelas dan kukuh. Masih banyak tugas perlu dilakukan untuk memastikan Pulau Pinang terus berkembang maju pada tahun-tahun akan datang.

"Kesemua ini perlu dilaksanakan dengan strategi yang sebaik-baiknya, tanpa sebarang sifat prejudis atau salah sangka," katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri ke-15 di sini, hari ini.

Ahmad Fuzi turut mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya bekerjasama menangani cabaran yang dihadapi Pulau Pinang bagi membina masa depan lebih cerah untuk seluruh rakyat di negeri itu.

Beliau berkata, sekiranya terdapat isu yang dirasakan perlu ditambah baik, perkara ini perlu diutarakan secara berhemah dan membina melalui platform bersesuaian serta bertanggungjawab.

Beliau turut memohon, isu-isu yang dibangkitkan tidak diperkotak-katikkan atau dibawa ke platform yang tidak bersesuaian sehingga menggadaikan kestabilan dan keharmonian negeri ini.

"Saya menyeru Yang Berhormat sekalian untuk terus membantu kerajaan negeri menguar-uarkan berita tepat dan sahih agar perkara ini dapat dirai dengan sebaiknya demi kelangsungan keamanan dan kesejahteraan di negeri ini.

"Selain daripada taat setia kepada kerajaan, Yang Berhormat juga perlu melaksanakan perkhidmatan teras iaitu amanah yang diberikan dengan menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri ini.

"Ini sejajar dengan konsep Malaysia Madani yang telah digagaskan oleh Perdana Menteri, iaitu bagi mengangkat martabat insan berpaksikan keyakinan, nilai, akhlak serta tata kelola yang adil dan berkesan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fuzi berkata tiada rekod pinjaman baharu dibuat kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2016 dengan Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutangnya selain membayar balik pinjaman sedia ada tepat pada masanya.

"Saya dimaklumkan, prestasi kewangan kerajaan negeri kekal teguh dengan baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun semasa berjumlah RM1.859 bilion.

"Hutang awam kerajaan negeri yang terdiri daripada hutang kepada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunan menunjukkan  baki berjumlah RM41.11 juta pada akhir 2022 berbanding RM45.41 juta pada 2021 iaitu menurun sebanyak RM4.30 juta atau 9.5 peratus," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.727948 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list