CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4034|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ahmad Fuzi gesa keganasan di Palestin dihentikan

[Copy link]
Post time 17-11-2023 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Ahmad Fuzi gesa keganasan di Palestin dihentikan

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
17 November 2023    11:29am








Ahmad Fuzi menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (DUN) ke-15 di Bangunan DUN Pulau Pinang pada Jumaat.



GEORGE TOWN - Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menggesa semua tindakan keganasan, pembunuhan dan kezaliman yang berlaku ke atas penduduk Palestin ditamatkan dengan segera.

Ahmad Fuzi turut mengecam tindakan ganas tentera Israel yang membunuh dan melakukan kezaliman ke atas rakyat Palestin.



"Konflik dan peperangan yang masih berterusan telah mengakibatkan penderitaan yang besar kepada rakyat Palestin. Orang awam khususnya golongan kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa terbunuh serta ramai yang kehilangan nyawa serta kediaman mereka.

"Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk meningkatkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku dan berusaha ke arah membantu keperitan dan malapetaka yang sedang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat," katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (DUN) ke-15 pada Jumaat.



Dalam pada itu, beliau berkata, sebagai ahli komuniti global yang bertanggungjawab dan prihatin, semua pihak perlu berusaha untuk membantu keperitan yang dilalui oleh mangsa di negara terbabit.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya dan menggesa agar semua tindakan keganasan, pembunuhan dan kezaliman yang berlaku ke atas penduduk Palestin ditamatkan dengan segera. Adalah penting keselamatan dan kesejahteraan orang awam diutamakan.

"Saya turut menggesa, atas prinsip perikemanusiaan, masyarakat antarabangsa bersama-sama menyokong segala usaha diplomatik untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif dan tuntas dengan segera, adil serta saksama demi kebaikan manusia sejagat," katanya.

Persidangan DUN Pulau Pinang kali ini berlangsung selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 yang diadakan pada 12 Ogos lalu.

Ia menyaksikan landskap perubahan susulan daripada keputusan PRN Pulau Pinang yang mana Ahli-ahli Dewan yang mewakili DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR),Barisan Nasional (BN) dan Parti Amanah Negara (Amanah) buat pertama kalinya telah bergabung di bawah payung Kerajaan Perpaduan.

Ia bagi membentuk kerajaan negeri dengan kemenangan majoriti dua pertiga di dalam PRN ke-15 yang lalu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.052843 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list