View: 4528|Reply: 0
|
Sri Pahang sahut cabaran Selangor
[Copy link]
|
|
Sri Pahang sahut cabaran Selangor
FANDI mahu pemain kekal cergas.
Kuantan: Sri Pahang FC akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Selangor FC di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, Sabtu ini.
Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, berkata perlawanan itu lebih kepada memperkasakan skuad Tok Gajah susulan penangguhan Liga Super kerana aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 membabitkan Harimau Malaya.
"Sebenarnya pengurusan Selangor mempelawa Sri Pahang mengadakan perlawanan persahabatan. Oleh kerana tiada sebarang perlawanan, kita menerima pelawaan ini.
"Perlawanan ini juga memberi lebih ruang kepada pemain terutama barisan simpanan untuk mempamerkan prestasi mereka terutama berdepan pasukan berpengalaman.
"Ia juga peluang untuk memastikan pemain berada pada prestasi terbaik dan mendapat aksi perlawanan kerana Liga Super berehat seketika," kata legenda bola sepak Singapura itu.
Fandi berkata, perlawanan itu tidak membabitkan dua pemain import, Kpah Sherman dan Kevin Ingreso kerana masing-masing mewakili Liberia dan Filipina membabitkan perlawanan antarabangsa.
Namun, katanya, semua pemain akan bersama sekali gus memberi ruang kepada mereka untuk meletakkan pasukan pada prestasi terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.
"Saya harap perlawanan ini membantu mereka untuk kekal cergas dan dapat menunjukkan kemahiran mereka kerana Sri Pahang perlu menghadapi baki tiga perlawanan liga selepas ini," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ut-cabaran-selangor
|
|
|
|
|
|
|
| |
|