View: 324|Reply: 0
|
Benzema sumbat hatrik selepas Nuno dipecat
[Copy link]
|
|
Karim Benzema (kanan) meraikan satu daripada golnya buat Al-Ittihad ketika membenam Abha 4-2 pada aksi Liga Pro Saudi awal pagi tadi. – Foto X Ittihad Club
RIYADH: Karim Benzema meledak hatrik buat Al-Ittihad hanya beberapa hari selepas bergaduh dengan Nuno Espirito Santo yang menyaksikan bekas bos Spurs itu dipecat sebagai pengurus.
Bekas penyerang Real Madrid itu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 awal pagi tadi sebelum menambah dua gol pada babak kedua (m-67 dan m-69) untuk membantu kemenangan 4-2 pasukannya ke atas Abha.
Kemenangan Al-Ittihad itu menamatkan rentetan lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam liga yang menyebabkan pertelagahan antara Benzema dan Nuno.
Susulan kekalahan pada pertengahan minggu kepada kelab Iraq, Al-Quwa Al-Juwiya dalam kempen Liga Juara-Juara Asia, kedua-duanya dilaporkan bertegang urat di bilik persalinan.
Nuno, yang memenangi kejuaraan Liga Pro Saudi awal tahun ini, dipecat hanya dua hari selepas kekalahan itu.
Pemain tengah Al-Ittihad, N’Golo Kante (tengah) dikepung tiga pemain Abha pada aksi Liga Pro Saudi awal pagi tadi. – Foto X Ittihad Club
Beliau hanya mampu mengemudi pasukan itu menang dua daripada sembilan perlawanan dalam semua pertandingan pada minggu-minggu terakhir kendaliannya.
Al-Ittihad mengikat N'Golo Kante dan Fabinho di samping Benzema pada musim panas lalu dan mereka kini ketinggalan dalam perebutan kejuaraan liga.
Persembahan buruk mereka menyaksikan mereka kini jauh ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu Al-Hilal.
Jaringan hatrik itu membolehkan Benzema berkongsi tangga ketiga dalam senarai penjaring terbanyak, dengan hanya Cristiano Ronaldo dan Aleksandr Mitrovic meledak lebih banyak gol berbandingnya. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... elepas-nuno-dipecat |
|
|
|
|
|
|
| |
|