|
PABLO Maffeo (kanan). FOTO Agensi
Buenos Aires: Tonggak pertahanan kental kelab Sepanyol, Pablo Maffeo yang beraksi bersama Mallorca dipanggil bagi mengukuhkan benteng juara dunia Argentina buat pertama kalinya menjelang aksi kelayakan Piala Dunia.
Ia diumumkan Persatuan Bolasepak negara itu bagi menghadapi dua aksi getir berdepan Uruguay dan Brazil.
Pemain berusia 26 tahun yang berdarah warisan sebelah ibunya adalah muka baharu yang disenaraikan bersama seorang lagi pertahanan kiri Olympiakos, Francisco Ortega.
Argentina dijadual berdepan Uruguay di halaman sendiri pada Khamis ini sebelum bertandang ke Brazil untuk aksi berikutnya lima hari kemudian.
Pasukan itu akan diketuai pemenang lapan kali Ballon d'Or Lionel Messi serta diperkuatkan kehadiran penyerang Benfica, Angel Di Maria selepas disisihkan pada aksi bulan lalu ekoran masalah kecederaan.
Ketika ini, Argentina memimpin pusingan kelayakan Amerika Selatan dengan pungutan 12 mata selepas mencatatkan empat kemenangan dalam empat aksi. Uruguay di tangga kedua, diikuti Brazil dan Venezuela.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lam-skuad-argentina |
|