View: 1002|Reply: 0
|
United, Ten Hag 'kecewa' prestasi Rashford
[Copy link]
|
|
United, Ten Hag 'kecewa' prestasi Rashford
Penyerang Manchester United, Marcus Rashford (dua dari kanan) dilayangkan kad merah oleh pengadil Donatas Rumsas pada aksi Liga Juara-Juara menentang FC Copenhagen di Telia Parken, Copenhagen Rabu lalu. – Foto REUTERS
LONDON: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mengakui beliau "tidak gembira" dengan prestasi Marcus Rashford namun tetap yakin penyerang England itu akan kembali ke tahap terbaiknya musim ini.
Kad merah Rashford yang dipertikaikan di Copenhagen Rabu lalu menjurus kepada kekalahan dramatik United apabila mereka mensia-siakan pendahuluan 2-0 dan dibolosi dua gol lewat sebelum kalah 4-3, merudum ke tangga tercorot Kumpulan A Liga Juara-Juara dengan berbaki dua perlawanan.
Gareth Southgate tetap mempercayai pemain berusia 26 tahun itu apabila menyenaraikannnya dalam skuad England kelmarin, namun pemain yang menjaringkan 30 gol buat United dalam semua pertandingan musim lalu hanya meledak satu gol dalam 15 penampilan buat kelab itu musim ini.
"Saya fikir dia tidak gembira, kami juga tidak gembira," kata Ten Hag mengenai persembahan Rashford.
"Kami memang mengharapkannya. Dia juga mengharapkan sesuatu daripada dirinya sendiri. Pada masa ini dia tidak berada pada tahap prestasi terbaik tetapi saya tahu dia akan kembali.
"Saya tahu apabila pasukan bermain labih bagus dia akan bertindak lebih baik. Dia akan berusaha dan menjaringkan gol. Saya yakin mengenainya. Musim ini dia akan meningkat dan menyumbat gol. Dia kekal berada dalam pasukan, dia menyedari setiap perkara jadi saya fikir dia akan kembali.
"Ia boleh berlaku dengan pantas dan kadang-kadang anda memerlukan hanya satu perlawanan. Saya pasti dia akan kembali berada di sana."
Mason Mount seorang lagi pemain yang menjadi tumpuan, dengan pemain tengah berusia 24 tahun itu bergelut untuk membuat impak sejak perpindahan bernilai £55 juta (RM315 juta) dari Chelsea pada Julai lalu.
Mount diturunkan dalam kesebelasan utama sejak awal Oktober ketika tewas 3-0 di tangan Newcastle dalam aksi Piala Liga pada 1 November lalu tetapi kembali ke bangku simpanan menentang Fulham dan Copenhagen, dengan peranannya dalam pasukan itu menjadi persoalan.
Bagaimanapun, Ten Hag berkata harapannya terhadap pemain itu tidak berubah.
"Ia langsung tidak berubah," katanya.
"Dia memulakan musim dan kemudian cedera. Ia detik terburuk buat pemain baharu mengalami kecederaan kerana ia menyekat proses integrasi. Ia pastinya mengecewakan kami tetapi kini dia perlu berjuang untuk merebut semula tempatnya." – AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... a-prestasi-rashford
|
|
|
|
|
|
|
| |
|