CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3815|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Kita beri jaminan mereka sudah berubah'

[Copy link]
Post time 9-11-2023 05:34 PM | Show all posts |Read mode

Suraidran (dua dari kanan) mengambil dua OBB untuk bekerja di syarikatnya. (Gambar kecil: Mohammad Safwan)



GEORGE TOWN - Majikan yang ingin mengambil banduan daripada Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani untuk bekerja tidak perlu bimbang dengan kelakuan mereka ketika di alam pekerjaan nanti.

Timbalan Pengarah Penjara Pulau Pinang, Mohammad Safwan Sizali berkata, kesemua banduan yang dipilih melalui program tersebut perlu melalui empat tapisan sebelum dibebaskan.

Oleh demikian, kata Mohammad Safwan, pihak penjara memberi jaminan bahawa kesemua banduan yang dipilih tidak akan kembali kepada kesalahan lama ketika di alam pekerjaan nanti.

"Kita pilih banduan yang betul-betul berdisiplin dan berkelayakan. Banduan yang menunjukkan disiplin yang tinggi akan dipilih. Kita memberi jaminan mereka ini sudah berubah kerana kita membuat empat tapisan sebelum membebaskan mereka.

"Mereka yang berjaya pada tapisan keempat akan dibebaskan sama ada kepada majikan atau keluarga. Kita yakin, mereka ini tidak akan menimbulkan masalah kepada majikan apabila bekerja kelak.

    "Malah mereka juga akan menggunakan kemahiran yang dipelajari ketika di dalam penjara pada pekerjaan baharu mereka nanti. Oleh demikian, majikan yang berniat untuk mengambil orang bebas berlesen (OBB) untuk bekerja, jangan bimbang. Ini jaminan kita," katanya pada Khamis.

Mohammad Safwan ditemui di hadapan Kompleks Penjara Reman di sini selepas membebaskan 11 OBB dalam PBSL Ihsan Madani sempena Deepavali yang akan disambut Sabtu ini.

Kata beliau, bagi memastikan sahsiah OBB dibentuk, pihak penjara melaksanakan pelbagai program melibatkan banyak pihak antaranya guru agama dan wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) terpilih.




Sementara itu, pemilik syarikat pembersihan, Alpha Sphinx Malaysia Sdn Bhd, K Suraidran berkata, dia mula mengambil Orang Diparol (ODP) dan OBB untuk bekerja di syarikatnya sejak 2019.

Katanya, selama tempoh itu, dia tidak pernah berhadapan dengan sebarang kejadian serius ketika menggunakan perkhidmatan ODP dan OBB.



"Sepanjang tempoh empat tahun ini, saya telah menggunakan lebih 200 khidmat ODP dan OBB, malah sekarang saya ada 12 ODP dan OBB yang sedang bekerja.

"Saya datang hari ini, untuk ambil lagi dua orang. Bagi saya, setakat ini tiada masalah serius, yang kecil-kecil tu, biasa lah. Mereka yang bermasalah, akan dihantar semula ke penjara.

"Mereka ini kena layan seperti orang biasa, jangan buat mereka macam pesalah. Mereka juga ada hati dan perasaan. Memang betul mereka pernah buat salah, tetapi mereka juga manusia biasa," katanya.



Manimaran (kanan) menjemput abangnya pulang ke rumah mereka di Perai selepas abangnya dibebaskan lebih awal melalui PBSL Ihsan Madani pada Khamis.

Dalam pada itu, pekerja kilang, J Manimaran, 29, yang ditemui untuk menjemput abang ketiganya berkata, sambutan Deepavali pada tahun ini amat bermakna bagi keluarganya terutama ibunya yang sedang sakit.

"Saya datang untuk jemput abang yang didapati bersalah kerana melakukan kesalahan jenayah sejak tahun lalu.

"Sambutan Deepavali tahun ini seronok kerana abang ada bersama, ibu terutamanya tak sabar nak jumpa abang. Sepatutnya dia dibebaskan pada Februari tahun depan, tetapi tak sangka dia dapat bebas awal," katanya

https://www.sinarharian.com.my/a ... ereka-sudah-berubah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.392788 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list