CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1544|Reply: 0

[Perak] Polis buru penyamun bersenjata, larikan barang kemas RM1.4 juta

[Copy link]
Post time 6-11-2023 05:55 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular sekumpulan lelaki melakukan samun bersenjata dan melarikan barang kemas bernilai RM1.4 juta. FOTO tular

Kuala Kangsar: Polis memburu sekumpulan lelaki yang melakukan samun bersenjata dan melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM1.4 juta berhampiran sebuah kedai emas di bandar ini, pagi tadi.

Rakaman kejadian memaparkan kumpulan itu menyamun kereta dinaiki dua lelaki di parkir berhampiran premis kedai emas itu turut tular di laman sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 11.22 pagi dan kes itu membabitkan dua jurujual emas disamun beberapa lelaki memakai topeng dengan bersenjatakan parang dan penukul di lokasi itu.

Katanya, dua lelaki disamun itu bukan pekerja kedai emas di situ sebaliknya jurujual yang membekalkan barangan kemas untuk dihantar ke kedai emas di bandar ini.



"Dalam kejadian itu, cermin kereta mangsa dipecahkan bagi membolehkan suspek mengambil barang kemas bernilai kira-kira RM1.4 juta daripada dua jurujual itu.

"Ketika kejadian mereka (mangsa) baru keluar dari kereta. Mereka bawa emas untuk dihantar ke kedai emas di Kuala Kangsar dari Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Kangsar Asisten Superintendan Mohd Subkey Alias di talian 013-9285436 atau talian 05-7762222.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-kemas-rm14-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.605666 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list