CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1435|Reply: 0

[Melaka] Dua wanita antara ditahan curi kabel telekomunikasi

[Copy link]
Post time 6-11-2023 02:53 PM | Show all posts |Read mode

KESEMUA suspek diberkas di sekitar Jasin, Melaka serta Muar dan Tangkak, Johor.


MELAKA: Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita selepas disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) yang dianggarkan bernilai RM8,500 di Sungai Rambai, Jasin dekat sini, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 37 tahun itu ditahan di sekitar daerah Jasin serta Muar dan Tangkak, Johor.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati, seorang daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala semakan menunjukkan, kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Polis menerima laporan daripada seorang juruteknik TM setelah dia menerima maklumat daripada sistem alarm fiber berkaitan kerosakan pada kabel di sebuah kawasan di Sungai Rambai. Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin telah menjalankan siasatan dan menahan lima individu.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat kira-kira 250 meter kabel yang dianggarkan bernilai RM8,500 telah dipotong,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Zainol, pihaknya turut merampas dua buah kenderaan, lapan gelung kabel telekomunikasi dan beberapa peralatan yang digunakan bagi tujuan memotong kabel.

Menurutnya, modus operandi suspek adalah dengan memanjat tiang kabel TM dan menggunakan peralatan tajam untuk memotong kabel tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat,” ujarnya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... bel-telekomunikasi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.402439 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list