CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1104|Reply: 0

[Terengganu] 'Nama saya Alias'

[Copy link]
Post time 6-11-2023 10:39 AM | Show all posts |Read mode

ALIAS Ali menunjukkan kad pengenalan yang tertera nama sebenarnya. FOTO Nazdy Harun

Kuala Berang: "Pernah juga orang terpinga-pinga apabila nama yang dipanggil lalu muncul saya di hadapan mereka.

"Apa tidaknya nama lelaki namun yang datang seorang perempuan sekiranya berurusan di tempat orang tidak mengenali saya," kata Alias Ali, 69, dari Kampung Cheting dekat sini.

Menurutnya yang lebih mesra di panggil Kak Yah berkata, dia tidak mengambil hati sekiranya ada individu yang kehairanan apabila mengetahui dia memiliki nama seperti seorang lelaki.

Katanya, nama berkenaan didaftarkan arwah neneknya yang ketika itu mengalami masalah pendengaran hingga menyebabkan namanya tersilap didaftarkan.


"Sepatutnya ayah yang daftarkan nama saya selepas dilahirkan, namun ayah ketika itu mengalami kecederaan akibat kakinya terkena kapak.

"Oleh itu, nenek yang membuat pendaftaran kelahiran saya dan tidak menyangka akan memiliki nama seperti ini sehingga kini.

"Saya pernah membuat permohonan untuk menukar nama, namun selepas melalui proses yang rumit, saya kemudian akur untuk terus menggunakan nama yang unit bagi saya ini," katanya yang juga ibu kepada lima cahaya mata.

Tambahnya, sebelum ini dia berhajat untuk menukar nama daripada Alias kepada Kamariah, namun memandangkan prosedur yang rumit dia membatalkan hasrat itu.

Menurutnya yang juga nenek kepada 13 orang cucu berkata, keunikan namanya itu membuatkan individu di tempat dia berurusan biasanya kehairanan kerana menyangkakan dia seorang lelaki.

Katanya, tidak kurang yang terkejut dan ada juga yang ketawa kecil apabila mengetahui namanya itu, namun dia tidak mengambil hati kerana dia menganggap ia satu gurauan.

Kak Yah berkata, tiga lagi adik-beradiknya mempunyai nama biasa kerana tidak tersalah didaftarkan dan di 'usia senja' kini, dia sudah tidak mahu membuat pertukaran nama.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 470/nama-saya-alias

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.757862 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list