CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1150|Reply: 0

[Perak] Lat ingatkan anak seni berbakti pada negara

[Copy link]
Post time 6-11-2023 10:34 AM | Show all posts |Read mode

Kuala Kangsar: Kartunis tersohor negara, Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat menyifatkan pengurniaan Watikah Gelaran Seniman Diraja oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini sebagai suatu pengiktirafan besar terhadap kerjaya anak seni khususnya kartunis tempatan.

Anugerah itu diterima beliau pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Baginda di Istana Iskandariah, di sini.

Lat, 71, berkata, kurniaan itu juga menjadi pembakar semangat kepada golongan kartunis supaya terus mempromosikan budaya dan mesej perpaduan dalam karya mereka.

"Semua cabang seni sama ada pelukis, penyanyi atau pelakon sama seperti atlet sukan yang mahu menaikkan nama negara di samping mencari nafkah keluarga kita.



"Walau apa sekali pun, kita haruslah bekerja dan berbakti untuk negara.

"Apabila teringat tempat asal, barulah kita fikir tentang identiti kita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan gelaran Seniman Diraja kepada Lat pada Majlis Perasmian Galeri Rumah Lat, Batu Gajah pada 8 Julai lalu.

Ia adalah pengiktirafan atas sumbangan besar lagi bermakna oleh seniman agung itu memperkenalkan Malaysia di pentas antarabangsa.

Pada 1968, ketika berusia 16 tahun, siri komik beliau 'Keluarga Si Mamat' diterima oleh Tan Sri A Samad Ismail (ketika itu Pengarang Berita Harian) untuk disiarkan dalam akhbar Berita Minggu setiap minggu dan berlanjutan selama 26 tahun.

Lat mula dikenali sebagai kartunis editorial yang menggarap tema sosiopolitik pada tahun 1975 menerusi ruangan 'Scenes of Malaysian Life' dalam akhbar The New Straits Times (NST).



MOHD Nor Khalid pada Istiadat menghadap sembah Taat Setia Penganugerahan Penerima Anugerah Darjah Kebesaran negeri Perak. FOTO L Manimaran

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erbakti-pada-negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.437654 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list