CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2212|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Warga Afrika dalang sindiket pemalsuan pasport, dokumen pelajar ditahan

[Copy link]
Post time 4-11-2023 06:09 PM | Show all posts |Read mode

DUA lelaki warga Afrika disyaki dalang sindiket menjual pasport palsu ditahan. FOTO Ihsan JIM

Kuala Lumpur: Sindiket menjual pasport palsu dan pelbagai dokumen perjalanan tumpas dengan tertangkapnya seorang lelaki warga Nigeria yang juga dalang utama dalam satu operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sekitar Kajang, Selangor 25 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Ruslin Jusoh berkata, hasil risikan selama dua minggu berjaya mengesan suspek berusia 46 tahun itu sekali gus membongkar kegiatannya menjual pasport kepada individu dari benua Afrika.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Imigresen Putrajaya di rumah suspek di Jalan Chan Sow Lin, di sini menemui 10 naskhah pasport Nigeria dipercayai palsu.

"Pasukan serbuan turut menemui sekeping pelekat Pas Pelajar palsu yang dikatakan diperoleh daripada seorang lelaki warga Ghana.



"Susulan itu pasukan operasi bertindak untuk mengesan dan menahan seorang lelaki warga Ghana berusia 56 tahun di Jalan Kasturi di sini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan serbuan kemudiannya memeriksa kediaman suspek kedua di sekitar Cheras, Selangor dan menemukan dua keping pelekat Pas Pelajar, i-Kad JIM (enam), kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) (satu) dan kad pelajar pelbagai universiti (tujuh).

Katanya, siasatan mendapati sindiket terbabit menyasarkan individu dari benua Afrika yang mempunyai masalah dokumen dengan menawarkan pasport palsu serendah RM1,000.

"Bagi pas dan dokumen lain akan dikenakan bayaran RM200 setiap keping antaranya pas pelajar dan kad pelajar.

"Sindiket akan mencari mereka yang bermasalah ini dan kemudiannya menawarkan perkhidmatan untuk menyediakan dokumen berkenaan," katanya.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan di Depoh JIM Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.



Antara dokumen dan pasport palsu yang dirampas dalam serbuan. FOTO Ihsan JIM

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... men-pelajar-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.039291 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list