CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2215|Reply: 0

Muktamadkan kebijaksanaan pimpinan negara Islam

[Copy link]
Post time 3-11-2023 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Muktamadkan kebijaksanaan pimpinan negara Islam



KEKEJAMAN Zionis Israel perlu segera dihentikan dengan kerjasama negara lain yang menyokong Palestin. FOTO AFP


Melihat kebiadaban dan kekejaman tentera rejim Zionis Israel membunuh rakyat Palestin dan memusnahkan kediaman serta tempat ibadah seperti masjid dan gereja perlu kepada tindakan segera dan kekejaman itu perlu dihalang dari terus merebak ke kawasan lain.

Bukan itu sahaja, negara yang bersempadan dengan Israel turut mengalami kesan pengeboman seperti Syria dan Mesir. Bahkan bantuan kemanusiaan di pintu sempadan Mesir dan Gaza iaitu Rafah masih disekat dan dikawal kemasukan yang sangat terhad bahkan keperluan yang mendesak seperti makanan, bahan bakar serta ubat-ubatan dihalang masuk serta diancam dengan peluru dan kereta kebal.

Keadaan itu tidak boleh dipandang remeh oleh masyarakat dunia apabila resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sudah memutuskan gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan perlu dibawa masuk, namun tetap tidak diendahkan rejim Zionis Israel. Bahkan rejim terbabit sudah mengerahkan lebih ramai tentera dan sekutunya membunuh orang awam yang tidak berdosa seperti bayi, wanita dan warga emas.

Allah SWT mengingatkan umat Islam bahawa pengusiran dan pencerobohan yang membabitkan masjid suci umat Islam adalah satu dosa besar dan wajar diperangi demi mempertahankan kesucian masjid sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya dan perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haram (di Makkah) serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)" - (Al-Baqarah 2:216-217).

Justeru, jelas ayat ini menyuruh umat Islam bangkit mempertahankan kesucian masjid Al-Aqsa yang juga antara masjid suci umat Islam daripada pencerobohan rejim Israel.

Justeru, tindakan mengutuk kekejaman rejim itu wajar diteruskan dan perancangan negara Islam menyusun strategi perlu digembleng bersama dengan negara kuasa besar seperti Russia dan China yang turut mengutuk tindakan biadab rejim zionis Israel terhadap penaklukan bumi Palestin.

Negara Islam seperti Turkiye, Arab Saudi, Iran dan negara Islam yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang kuat perlu ke hadapan mempertahankan bumi Palestin manakala negara Islam lain turut bersama menghalang kemaraan zionis Israel. Selain itu, sekatan ekonomi dan kewangan perlu dipusatkan segera bagi membantut dan melemahkan seluruh kekuatan ekonomi zionis.

Kebijaksanaan pimpinan negara Islam perlu dimuktamadkan dengan memastikan urusan terkait strategi ketenteraan, ekonomi, kewangan dan sekatan ke atas rejim Zionis mampu melumpuhkan tindakan kejam rejim Zionis Israel. Sudah sampai masanya kekuatan ummah dipadukan dengan memastikan maruah dan hak bagi rakyat Palestin dikembalikan dan mewujudkan semula kekuatan Empayar Islam pada abad ini. Jika keyakinan kukuh dan nilai kemanusiaan dimiliki oleh seluruh pimpinan dunia pasti tindakan biadab rejim Zionis Israel dapat dinoktahkan dan dunia akan kembali aman di bawah keadilan Islam. Allah Maha Besar dan segala puji-pujian bagi-Nya.

Kekuatan dan kebijaksanaan perlu diterjemahkan dengan kadar segera dan kekuatan itu pasti hadir memberikan khabar gembira untuk membebaskan bumi Aqsa daripada cengkaman rejim Zionis Israel. Bangkit dan pertahankan kesucian dan kehormatan umat Islam di Palestin.

Penulis Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perlis

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... mpinan-negara-islam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.043551 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list