CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1751|Reply: 0

[Kedah] Muhammad Syafiq akan usap perut, tak sabar tunggu adiknya lahir - Ibu

[Copy link]
Post time 2-11-2023 02:00 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Sufian dan isterinya, Nur Khairina menunjukkan gambar Muhammad Syafiq. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: "Muhammad Syafiq tak pernah berenggang dengan saya malah 24 jam kami duduk bersama. Cuma semalam, apabila dia hilang, saya tak sedap hati.

"Saya terus bertanya kepada suami di mana anak tunggal kami itu dan cuba mencarinya di sekitar rumah sepupu tetapi gagal sebelum mengetahui dia lemas bersama sepupunya," kata Nur Khairina Natasha Sarino, 24.

Nur Khairina Natasha adalah ibu kepada Muhammad Syafiq Amsyar Mohd Sufian, 3, yang ditemukan lemas bersama sepupunya, Muhammad Aidil Adha Mohd Ali, 5, di kolam ternakan udang berhampiran rumah mereka di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda, di sini, semalam.

Pada kejadian 2 petang itu, jasad dua kanak-kanak berkenaan ditemukan selepas bapa Muhammad Aidil Adha, dengan bantuan jiran, menarik pukat di kolam ternakan udang itu.



Nur Khairina Natasha berkata, pada hari kejadian, dia berada di rumah sepupunya di Kampung Sungai Emas Hujung sementara menunggu suaminya, Mohd Sufian Hosin, 25, membantu sepupu mereka, Mohd Ali Abdul Rahman, 48, di kolam ternakan udang itu sejak empat hari lalu.

"Setiap kali hendak tidur, Muhammad Syafiq akan usap perut saya kerana tak sabar menunggu adiknya lahir walaupun usia kandungan saya baru mencecah empat bulan.

"Muhammad Syafiq juga tak sabar untuk masuk ke sekolah tahun depan. Saya baru bercadang untuk mengambil borang sekolah Tadika untuknya tetapi tidak menduga dia akan pergi buat selama-lamanya.

"Tadi, saya melihat jenazahnya dan wajahnya berseri-seri serta putih, malah dia seolah-olah sedang tidur," katanya ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Menurut Nur Khairina, walaupun sukar menerima hakikat Muhammad Syafiq sudah tiada namun dia perlu menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupannya bersama suami.

Menceritakan semula kejadian, katanya, sebaik Muhammad Syafiq Amsyar dan Muhammad Aidil Adha ditemui, mereka dibawa ke klinik berhampiran.

"Saya berdoa supaya Muhammad Syafiq dan sepupunya dapat diselamatkan, namun Allah SWT lebih menyayangi mereka.

"Muhammad Syafiq anak yang baik dan manja. Saya reda dengan pemergiannya," katanya.

Sementara itu, Mohd Ali ketika ditemui berkata, semalaman dia tidak dapat melelapkan mata kerana terbayangkan wajah anak kesayangannya itu.

Katanya, Muhammad Aidil Adha yang juga anak kelima daripada enam beradik itu memang kerap mengikutnya ke kolam ternakan udang berkenaan.

"Mungkin Muhammad Syafiq Amsyar terjatuh dahulu dan Muhammad Aidil Adha cuba untuk menyelamatkannya sebelum kedua-duanya lemas.

"Kebetulan, isteri saya, Norani Hasan, berusia 36 tahun, baru bersalin anak keenam dan Muhammad Aidil Adha cukup sayangkan adiknya, Amina Haura yang berusia dua bulan," katanya.

Menurut Mohd Ali, Muhammad Aidil Adha juga sayangkan arnab yang dipeliharanya sejak awal tahun ini dan sering bermain dengan haiwan itu di kawasan kolam ternakan udang berkenaan.

Katanya, Muhammad Aidil Adha turut menghubungi kakak sulungnya, Nur Alia Natasha, 17, yang belajar di Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani supaya pulang ke rumah mereka semalam, dan dia tidak menyangka ia petanda anaknya itu akan pergi buat selama-lamanya.

Jenazah dua kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke kampung mereka di Kampung Sungai Emas, Kota Kuala Muda.

Kedua-duanya dijangka dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Sungai Emas, Kota Kuala Muda, petang ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam kolam ternakan udang di Kampung Sungai Emas, Kota Kuala Muda.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-adiknya-lahir-ibu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.052272 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list