View: 2755|Reply: 0
|
"Saya malu pada diri sendiri"- Arteta
[Copy link]
|
|
MIKEL Arteta. FOTO Agensi
London: Mikel Arteta akui malu dengan diri sendiri apabila pasukannya tewas 1-3 di tangan West Ham United dalam aksi Piala Liga yang berlangsung di London, awal pagi tadi.
Dalam aksi itu, pengurus Arsenal itu membuat enam pertukaran dengan menyenaraikan pemain termahal Britain, Declan Rice yang turut membuat kemunculan pertama selepas meninggalkan West Ham awal musim ini.
"Saya sangat kecewa. Saya bertanggungjawab untuk itu (kekalahan), kami terkeluar dari persaingan di mana kami sebenarnya mahu bermain dan cuba meraih kemenangan.
"Keputusan ini cukup mengecewakan di mana gol sendiri kami pada awal permainan menyebabkan permainan berubah dan West Ham tampak lebih yakin apabila mereka mendahului.
"Saya kecewa dengan diri saya sendiri. Kami mahu bermain dengan cara yang berbeza dan kami tidak dapat melakukannya. Setiap kali kita tewas rasa sakit itu cukup menekan kami," kata Arteta.
Tiga gol West Ham diraih menerusi Mohammed Kudus dan Jarrod Bowen serta gol sendiri pemain pertahanan Ben White di Stadium London.
Martin Odegaard membalas satu gol pada minit ke-96 tetapi ia sudah terlambat bagi pelawat untuk membuat sebarang kebangkitan.
Arteta mahu anak buahnya melupakan episod duka itu dan bersedia menentang Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St James Park, Ahad ini.
"Dengan kekalahan ini, kami perlu bangkit segera untuk mempersiapkan pasukan apabila berdepan Newcastle pada hujung minggu ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... diri-sendiri-arteta |
|
|
|
|
|
|
| |
|