CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2116|Reply: 0

[Kedah] Harga ayam turun di Alor Setar

[Copy link]
Post time 1-11-2023 06:29 PM | Show all posts |Read mode

TINJAUAN harga ayam di Pasar Besar Alor Setar. FOTO Syaharim Abidin

Alor Setar: Tinjauan mendapati kebanyakan peniaga menjual ayam segar pada harga antara RM7.70 hingga RM8.50 sekilogram (kg) berbanding harga siling ditetapkan kerajaan sebelum ini iaitu RM9.40 sekilogram.

Peniaga ayam di Pasar Besar Alor Setar, Wan Mohd Afiq Wan Mohd Fauzi, 26, berkata, walaupun kerajaan memansuhkan subsidi ayam mulai hari ini, ada antara peniaga sudah menurunkan harga sejak Jumaat lalu lalu.

Katanya, kebanyakan peniaga terutama yang menjual ayam di bahu jalan menurunkan harga jualan antara 90 sen hingga RM1.10 sen sekilogram daripada harga siling ditetapkan kerajaan sejak Khamis lalu.

"Pada mulanya saya jual pada harga RM9 sekilogram sebelum turun RM8.30 sejak Jumaat lalu. Kami turunkan lagi hingga RM7 sekilogram sampai hari ini," katanya.

Seorang lagi peniaga, Mohamad Zakir Mohd Zahir, 27, berkata, ada juga peniaga yang panik kerana bimbang akan berlaku kenaikan harga ayam disebabkan subsidi ditarik balik hari ini.

Katanya, pelanggannya iaitu peniaga kedai makan membuat tempahan semalam disebabkan panik dan menjangkakan harga ayam akan naik.

"Semalam ada pelanggan buat tempatan sebab dia takut subsidi ayam tak ada, jadi dia buat tempahan untuk hari ini dan datang mengambil tempatan ayam sebanyak 70 ekor tetapi harga kami jual masih sama iaitu RM7.70 sejak semalam," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menaikkan harga ayam sewenang-sewenangnya selepas subsidi ayam ditarik balik berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas tanpa memberi apa-apa alasan mengikut akta yang berkuat kuasa.

"Jika ada yang didapati memanipulasi harga atau berlaku kenaikan harga mendadak, kita akan ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya pada sidang media di Pasar Besar Alor Setar, hari ini.

Terdahulu, beliau melakukan pemantauan harga ayam untuk memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... turun-di-alor-setar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.191849 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list