|
Seorang mekanik lelaki cedera parah di kaki akibat dilanggar sebuah lori yang sedang dibaikinya di sebuah stesen minyak di Gebeng, Kuantan, Pahang pada Selasa.
Mangsa dilihat terbaring di atas jalan kerana menahan kesakitan di lokasi kejadian.
Berdasarkan informasi yang dikongsikan di aplikasi Telegram, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membaiki sebuah lori sebelum rakannya dikatakan terus menghidupkan enjin kenderaan tersebut lalu menggilis mangsa.
Foto: Majoriti
Pada masa sama, lori tersebut juga dipercayai melanggar badan mangsa ketika kejadian.
Dalam video itu, kaki mangsa dilihat berlumuran darah namun keadaan terkini lelaki itu masih belum dapat dipastikan.
Masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. —CARI
Sumber: Majoriti |
|