CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1399|Reply: 6

Didenda RM12,500, Tipu Urusan Jual Beli Baju Kurung Bernilai RM158

[Copy link]
Post time 1-11-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Manjung: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM12,500 ke atas seorang lelaki atas dua pertuduhan termasuk menipu urusan jual beli baju kurung membabitkan nilai kerugian RM158, Februari lalu.


Tertuduh, Mohd Sobri Togil, 47, mengaku bersalah manakala isterinya, Massuati Amran, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T Kavita.


Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menyetujui terima bayaran RM158 tanpa mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa dapat membekalkan sehelai baju kurung kepada mangsa, Nur Sabrina Aiman Mohd Rosszi.






Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Lumut, Sitiawan, dekat sini jam 4.44 petang pada 13 Februari lalu.


Berikutan itu, pasangan suami isteri itu didakwa melakukan perlanggaran Seksyen 16(c) Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan melakukan kesalahan mengikut 25(1)(b) Akta yang sama serta Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.


Bagi pertuduhan kedua, Mohd Sobri yang juga pemilik tunggal perniagaan Seri Kenanga Enterprise mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mendedahkan maklumat berkaitan nombor pendaftaran perniagaan.


Perbuatan itu dilakukan Mohd Sobri di Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Manjung jam 1.10 tengah hari pada 12 Mei lalu.


Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perniagaan Elektronik) 2012 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 145(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999.


Jika sabit kesalahan, Mohd Sobri boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya KPDN Syazwani Zawawi,manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam S Dharmanathan.


Dharmanathan dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan denda minimum terhadap anak guamnya dengan mengambil kira tertuduh mempunyai tiga anak yang masih bersekolah serta menanggung ibu bapa selain sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahannya.


Syazwani pula memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh bagi memberi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat dengan mengambil kira kes penipuan jual beli atas talian.


Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar terhadap Mohd Sobri bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua pula, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal bayar terhadap bapa anak tiga itu.


Tertuduh kemudian membayar denda berjumlah RM12,500.


Majistret Kavita turut menetapkan sebutan semula kes bagi Massuati pada 7 Disember depan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat tipu rm158 tp terpaksa bayar rm12k. Kifarah. Ada pulak duit rm12k..so sengkek sgt nk tipu rm158. Bkn calang2 la org yg ditipu.ingat dpt kes halalkan jela. Sekali kena report. padan muka. Puas hati aku baca.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga pengguna lain pun dapat kesedaran pertahankan hak diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 08:17 AM | Show all posts
mungkin daerah manjung nie kes jenayah x banyak, so polis boleh bagi masa utk selesaikan aduan. klu tidak, ada kemungkinan terlepas begitu kerana nilai kerugian terlalu kecil utk disiasat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa sebab customer ni dapat resit dari seller ni, tapi barang tak dapat, sebab tu kes ni lepas. maybe la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 11:47 AM | Show all posts
Berniaga kena jujur sis, kan dah mendapat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2024 02:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8786 Replies : 113
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 121693 Replies : 712
'Saya masih sayangkan Fazura'
maklukpenggoda'Saya masih sayangkan Fazura'
Views : 75223 Replies : 107
Che Ta berang org kutuk anak dia baju mcm pelacur, muka mcm jawa ada hati nak hantaran 900k..
ModngengadeChe Ta berang org kutuk anak dia baju mc
Views : 11688 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 99194 Replies : 5283
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 58921 Replies : 554
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 45524 Replies : 360
Ringgit Malaysia terus melonjak
maklukpenggodaRinggit Malaysia terus melonjak
Views : 78080 Replies : 16
[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol, Kim Bo Ra
Rahah[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko J
Views : 27735 Replies : 43
Edisi Khas : Ucapan Selamat Hari Malaysia 2024
telracsEdisi Khas : Ucapan Selamat Hari Malaysi
Views : 32920 Replies : 67

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.048876 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list